Salam...
Bertemu lagi kita pada hari ini untuk mencerita kan lagi entry lain...tajuk entry kali ni agak 'keras' sikit...
ingat lagi tak ada entry sebelum ni yang gua kata lama tak berkongsi cerita dengan kawan-kawan?? [click SINI untuk recap entry]
merujuk kepada entry ni, sebenarnya dah lama nak kongsi pasal ni...cuma tak dapat nak refer lebih panjang lagi...ada jugak berkongsi dengan bro fizi untuk dapatkan pandangan dia...cuma yang elok, kita kongsi apa yang kita tau untuk kebaikan bersama...
entry ni bukan biasa ataupun common kepada sesetengah orang yang sememangnya tahu pasal isu ni...tapi bagi gua yang jahil ni...sejak dengar isu ini di radio Ikim, terus rasa macam nak lebih tahu sebab benda yang terjadi ni kadang diluar sedar kita...
elok untuk mereka yang sudah berkahwin/rumahtangga....isunya...Zihar...
masa dengar dalam radio dulu, kalau tak salah gua dengar, ustaz tu ada merujuk kepada zihar ni umpama penceraian secara halus...yang digunakan sejak zaman jahiliah lagi...secara halus bermakna kita lakukan itu tanpa sedar....macam gua cakap tadi lah...diluar sedar...
serba sikit yang gua still ingat masa dengar tu ialah bila si suami terutamanya, menyamakan mana-mana bahagian tubuh atau fizikal si isteri dengan ibunya/ibu saudaranya sendiri atau dengan sesiapa yang baginya haram dinikahi...menyamakan disini bermaksud suami berkata kepada si isteri yang anggota fizikalnya adalah sama dengan anggota ibu/ibu saudara/adik beradik...[kalau guna ayat skang ni macam sebijik, photostat, serupa]
belek-belek paper Utusan jumaat lepas, terbaca tajuk besar Menzihar Isteri dalam sisipan MEGA page 25 - Kemusykilan Agama bersama Ustaz Mohd Farid Ravi...
nampaknya dengan ada orang lain yang alert dengan benda ni, secara tak langsung gua pun dapat la info sedikit berkenaan isu zihar ini...1 page jugak tulisan isu ni...nak masuk dalam blog ni tak muat la plak kan...
jadi, gua masukkan Rukun Zihar dan juga kesimpulan kepada isu ni je la ye..untuk lebih lanjut boleh la cari balik paper ni...
Rukun Zihar:
1) Suami
2) Isteri
3) Perkara yang diserupakan (anggota daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan lelaki)
4) Lafaz zihar
Kesimpulan:
1) Hanya jatuh (sabit) zihar jika menyamakan isteri dengan ibu, nenek, anak dan semua wanita yang diharamkan suami berkahwin dengannya secara kekal sama ada keturunan, susuan mahupun musoharah.
2) Penyamaan anggota tertentu sahaja yang menyebabkan sabit zihar iaitu seluruh atau juzuk dari anggota yang haram dilihat semasa mahram. Penyamaan dengan anggota selain itu tidaklah sabit zihar.
3) Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dengan mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dengan wanita sahaja sabit. Begitu juga menyamakan suara,rupa dan sebagainya.
4) Istimta' (bersetubuh) dengan isteri yang telah diziharkan sebelum membayar kaffarah adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail. Dibimbangi akan terlanjur.
gua tak berniat untuk tunjuk baik ke apa melalui topik entry kali ni, cuma nak berkongsi dengan semua...mungkin kita dah tau, tapi mana tau ada yang boleh dibaiki lagi, dan begitu sebaliknya kepada yang tak tahu macam gua sebelum ni...
disini telah dijelaskan bahawa antara tanggungjawap yang perlu dipikul oleh para lelaki bergelar suami...besar ni...jadi sama-sama la kita berkongsi dan ingat-mengingati...
wassalam....

.




0 comments:
Post a Comment