Friday, May 28, 2010

Puma Ducati



Salam,



chup!!gua nak tunjuk skit salah satu angan-angan gua yang di'target'kan dalam masa terdekat ni...



dipersilakan komen ye....wakakakakaka...


berharga RM399 dibutik Puma atau butik kasut yang menjualnya berhampiran anda... (kecuali ada sale la...)

arghhh....duit..duit....



Doakan yang terbaik

Salam...
Okey...jadi bulan ni mungkin cuma 2 entry sahaja daripada gua...kerana terlalu sibuk dengan kedai...pindah ofis akak gua...dan bertahan dalam business network gua ni...
dan tidak jugak gua berkesempatan untuk mengupdatekan segala gambar2 baru untuk hotwheels gua...dan gua blog gua terbaru tu...
oleh itu....gua akan mulakan....
pertamanya....
doakan yang terbaik untuk akak gua yang nombor dua...sebab dia seakan-akan bertarung dengan orang yang dikenali melalui alam lain...hanya kerana dia berniat baik untuk membantu anak buah nya supaya lebih sihat, baik dan tidak diganggu oleh anasir jahat daripada orang yang dikenali....
semoga orang jahat itu mendapat balasan daripada Allah swt diatas segala kerja-kerja jahat
orang itu....
untuk pengetahuan...aku mula membenci orang yang dikenali itu....antara sebab adalah bila dia telah nyalahkan gua atas perkara yang berlaku kepadanya...
**** lu!!
keduanya....
doakan yang terbaik jugak untuk ibunda kepada Hajar dan Ayie (suami kepada Bedah) diatas dugaan terhebat yang diterima mereka....semoga Allah memberikan mereka peluang yang terbaik dan kesempatan untuk gua berjumpa dengan mereka...niat gua untuk mereka mencuba dan ikhtiar untuk menggunakan pendant ini dalam cubaan mereka untuk pulih daripada kanser...
InsyaAllah...dengan segala rahmat dan dengan kebenaran Allah swt, dengan KuasaNya juga yang menciptakan segala yang ada dimuka bumi ini, moga-moga ia dapat membantu mereka disebalik rawatan kimoterapi yang dijalankan...
gua akan cuba luangkan masa untuk bersama mereka nanti...dan tak kisah pun kalau mereka nak cuba selama beberapa lama pun...tanpa bayaran...
walaupun gua ni takde kena mengena dengan mereka itu, tapi diatas hubungan kawan rapat As dan Hajar dan Siti, gua rasa tak rugi untuk tolong mereka...
Stage 4....sesuatu yang agak berat untuk didengar...tetapi kita tidak tahu selagi tidak mencubanya...
InsyaAllah..doakan gua sempat untuk buat rawatan, berkongsi dengan mereka-mereka ini...

Monday, May 17, 2010

Salam,

Agak lama tak menaip kat blog ni sebab ada dua lagi blog baru yang gua sedang siapkan..semuanya disebabkan oleh kenaikan statistik yang menunjukkan bahawa penjualan melalui internet adalah lebih memberangsangkan..dan mudah..

Jadi gua dengan tidak segan silu telah membuat dua lagi blog,satu untuk mengiklankan produk Quantum Pendant gua dan satu lagi adalah untuk berkongsi hobi gua bersama yang lain..iaitu HotWheels...dan tak lupa untuk menjual mana2 model yang gua ada lebih..

Ini belum masuk lagi semangat yang diambil daripada en.Haris yang telah berkongsi idea dalam membina blog untuk perniagaan kasut dia.. menarik jugak idea dia! bleh jugak gua guna untuk blog gua nanti...untuk mempromotekan blog en.haris,(walaupun masih dalam pembinaan) gua taipkan add blog dia kat sini,lepas ni upload link kt sebelah plak.. click sini! ...kenapa serius sangat??haha..jgn tanya gua ok! Heh!

Tapi kan,selepas berjumpa dan berborak dengan few other person,mungkin gua akan bukak satu lagi blog untuk perniagaan yang baru nak diceburi nanti..printing...skang dah ada 2 kabel untuk buat printing..jumaat lepas jumpa untuk paper printing+baju...hari ni jumpa plak brader superbike yang wat printing baju jugak..so,both MELAYU!bezanya,yg printing paper+baju tu still dpt source dr ca ya nun alif..but yg brader superbike ni ada kilang printing sendiri..plus sticker,air brush dan aksesori motor besar+kapcai..

Jadi...untuk berjaya,anda perlu bergaul dengan mereka yang berjaya..gua amat mementingkan 'learning curve' untuk sesuatu bidang baru dan bukanlah 'risk taker' kerana anda belum tahu keadaan sebenar selagi anda belum mencubanya..permulaan kecil untuk mencapai sesuatu yang besar...

InsyaAllah..kena banyak doa ni..huhu..jadi kawan2 yang bekerja dalam sektor swasta terutamanya..jaga2..gua dtg ni!!hehe...