Friday, October 16, 2009

low cost

.

Salam...

topik pagi ini...rumah kos rendah...

kelmarin gua terjumpa dengan kawan sekolah rendah dulu, yang sama-sama sekolah menengah jugak, dan yang sama-sama bekerja di sec 9 sewaktu beliau kerja di McD dan gua gi 7-11...

Mohd Firdaus Ali...yang kini menjawat jawatan sebagai pegawai kerajaan [kot?pape la..janji dia keje kerajaan..] di SUK... kena plak dia keje bahagian perumahan...hah! cantik benor la tu...memang dah 2-3 hari ni dok citer pasal rumah je...

so, dia ada cerita pasal cerita 'lambakan' rumah kos rendah di kawasan Selangor khususnya...

antara sebab dan faktor tertinggi orang tak ambil peluang untuk beli rumah kos rendah ni adalah kerana minda atau pemikiran ramai antara kita tentang 'Rumah Kos Rendah'...kebanyakannya sebab - jaga status...

ya! rumah kos rendah adalah rumah pangsa/flat...bergantung kepada pemaju nak bina berapa tingkat pun..buat lebih 5 tingkat kena pasang lif, kekurangan kat sini ~ sapa plak yang nak maintain menda tu kalau rosak...banyak dah kes lif rumah pangsa rosak dan pemaju tak jaga... jadi, kita boleh tengok kalau banyak rumah kos rendah memang rendah je...paling paling 5 tingkat...

jadi, bila my bro citer pasal wife dia beli rumah dekat area sini dengan status bukan lahir di Selangor, telah mendatangkan persoalan jugak, camner boleh jadi camtu tu eh? mungkin sebab dia kerja dengan pemaju?? tidak.....

kawan gua tu mencerita bahawa setiap mereka yang memohon perlu mengisi borang, tu standard la kan...dan kepada mereka yang telah menetap di sesuatu kawasan ini lebih daripada 5 tahun, mereka akan layak memohon dengan beberapa lagi syarat...termasuk surat daripada majikan yang mengatakan mereka bekerja di kawasan tersebut...

rumah berharga dalam lingkungan RM42 ribu...tak ke rendah tu? tapi sekali lagi perlu diteliti...kawasan dimana pemaju membangunkan rumah tersebut...ini semua telah dibincangkan oleh gua bersama bro amat dan bro hatta...

tapi bila tengok balik, kawasan kalau dekat-dekat shah alam ni...memang cepat sangat membangun...nak kata terancang pun...mungkin la kot...ada beberapa faktor juga yang buat area tu cepat 'naik'...

jadi bila difikirkan balik...selagi anda belum kahwin ataupun tinggal bersama keluarga [ayat ni firdaus yang bagi], adalah lebih elok beli rumah ni untuk masa depan...kawan tu bagi contoh yang dia sendiri ada membeli rumah dia puchong, rumah kos rendah jugak...beli rm42 ribu, within 4 - 5 years dia jual balik dalam RM68 ribu...which is bank punya value is RM75 ribu...

gua tak pandai sangat nak cerita samaada cara ni menguntungkan atau tidak...tapi dia sekarang dah beli rumah lain pulak dekat seksyen 16...menurut dia lagi, setiap orang/keluarga hanya boleh memiliki sebuah rumah kos rendah sahaja...dan apabila anda telah membeli rumah kos sederhana, anda tidak lagi boleh membeli rumah kos rendah sebab anda dah terlebih mampu...serius!! ini dia yang bagitau...so, katanya elok beli rumah kos sederhana, then bila dah mampu boleh beli rumah kos sederhana dalam lingkungan RM220 ribu untuk kediaman sendiri pulak...

itu nasihat dia, tapi untuk lebih info mungkin kita boleh rujuk kepada yang lebih pakar...dan dengan info ni jugak, kita boleh ajukan soalan pada pakar kan?? maksudnya bincang dengan orang bank untuk soal pinjaman atau dengan pemaju untuk soal rumah itu sendiri...

dekat 2 jam jugak gua borak dengan dia...dan cerita ini telah disampaikan kepada bro gua yang dua orang itu, dan menunggu bro fizi untuk balik sini dan berkongsi dengan dia pulak...cerita dengan ayah gua malam tadi, dia bersetuju je...untuk investment okay la katanya..

melihat kepada ramai rakan sebaya lain yang berjaya...kita tak terlepas daripada terkena tempias iri hati tu...memang wujud tapi nak buat camner kan...rezeki masing-masing...gua pun berusaha pun tak cukup...dan yang wajib-wajib ni pun...still ada banyak yang nak kena baiki... alhamdulillah dah selamat habis puasa syawal...moga diterima lah hendaknya..Amin..

jadi, kepada muda-mudi kat luar sana...anda mungkin kena fikir balik tentang tanggapan ramai golongan mengenai rumah kos rendah ini...kerana kerajaan khususnya telah mewujudkan sistem kuota untuk pemilikan rumah tersebut kerana ingin menjaga status penduduk bumiputera...ini termasuk di kawasan Subang Jaya dimana mengikut sumber, kuota salah sebuah kawasan perumahan disana adalah 80% bumiputera dan 20% lain-lain...sebab nak jaga kepentingan dan meramaikan penduduk bumiputera disana...

jadi tak hairan lah kalau kaum Cina dan India berebut dan tak lepas peluang untuk beli rumah kos rendah ini...ada kajian dibuat juga, kaum India khususnya, didalam keluarga mereka, seboleh-bolehnya ibubapa mereka mahu salah seorang daripada anak mereka bekerja dengan kerajaan...sebab apa? mereka nampak peluang yang ada disediakan oleh kerajaan...bukan pilih kasih, tetapi ini adalah apa yang disediakan oleh kerajaan kita dan mereka sendiri berusaha nak amik...tidak seperti sesetengah bumiputera yang mengharapkan lebih daripada kerajaan tanpa berterima kasih diatas apa yang ada...

untuk Melayu khususnya berapa diatas daripada kaum lain, kita kena lebihkan apa yang kita ada daripada mereka, apa yang ada kita amik dulu kan...sebab pasal kuota rumah ni, pemaju berhak menaikkan kuota untuk kaum lain-lain dengan hanya membuat pembayaran kepada kerajaan negeri/pusat berdasarkan beberapa kriteria...tengok apa bangsa berusaha untuk dapatkan benda yang bukan hak mereka??? bukan nak kutuk, tapi kalau tengok pada PR, ini lah yang terjadi dimana kaum lain dapat layanan lebih daripada kaum sendiri dan pulak tu, kaum sendiri disisihkan dan dipersalahkan...

apa gua cakap ni mungkin tak betul jugak, sebab ini pendapat gua dari sumber yang gua baca dan dengar...gua pun bukannya banyak bergaul sangat pun dengan otai-otai kat luar tu...jadi, mari kita lihat apa yang kerajaan dah peruntukkan atau dah sediakan untuk kita...

kepada sesiapa yang berminat nak tanya info lebih pasal rumah kos rendah ni, bolehlah pergi terus ke SUK atau meh kita buat unofficial meeting dengan pegawai ni lagi...

ubah minda, ubah persepsi, ubah diri...





.

0 comments: