Sunday, September 27, 2009

Aku......

.

tidak dinafikan


A K U . R I N D U . S A Y A N G . K A M U




dan gua juga mengharap kasih dariNya...
sebelumnya gua mesti cinta, taat, jujur, setia dan ikhlas kepadaNya...





.

Saturday, September 26, 2009

a request

.

woooo...

permintaan yang pada gua agak tak masuk akal...
dan boleh kata agak keterlaluan...

what ever it is, it has not been confirmed... yet by both parties...
so...gua mungkin tak dapat buat perkara tu seperti yang diminta...
taknak yang dikendong tercicir pulak...


maaf...





.

I K L A N

.

Iklan raya paling CUTE tahun ni...yang gua rasa la...berdasarkan rating yang gua sendiri bagi...

huhu...

cuba carik dalam youtube tapi takde plak...

Iklan Raya KFC......soooo cute...nasib gua tak dengar announcement tu...if tak, dapat juga gua makan free....

wakakaka...

nice nice *wink*





.

tak semua indah

.

dalam kita bersuka ria menyambut Syawal yang mulia ni...kadang ada jugak perkara atau berita yang kadang-kadang tak sedap kita dengar...

dalam banyak-banyak perkara yang gua dengar daripada ayah gua sepanjang raya ni...ada 1 je yang memang tak sedap atau paling tak sedap yang didengar...

pada 1hb november 2009 ini, ayah gua akan sekali lagi dimasukkan ke wad di IJN since dia ada next schedule untuk operation masukkan devide untuk support jantung dia...

adoi la....the reason is, operation bypass dia yang dulu tu tak berapa successfull...

hmm...what else should we say...

pada gua...terlalu banyak sangat dugaan dalam bulan Syaaban, Ramadhan and Syawal ni...tak tahu la gua mampu tahan ke tidak...berat sangat rasanya ni...

takpe la...insyaAllah...anything happen, gua berdoa padaNya semoga dipermudahankan semuanya...

so, maybe betul jugak cakap mak gua untuk bawak gua gi jumpa ustaz untuk pulihkan semangat ni...

Ya Allah, semoga kau berikan aku kekuatan untuk teruskan hidup ini selama mana aku dipinjamkan...





.

Wednesday, September 23, 2009

winner takes all...

.


macam biasa la...sekarang ni musim lewat meng'update' blog...



again...winner takes all...

office play time is not the same as referred from the referee and the time in board

each time player been substitute, the time should been stopped...

that is the reason why the match is played until the +6 minutes of extra time...

sorry...quote taken from a friend of mine,

The will be only 2 great teams in Manchester,

which is Manchester United and Manchester United reserve

yeay!





.

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

.

Satu lagi entry lambat giler dari gua..
dah nak masuk raya ke-4 dah pun..
anyway, bulan Syawal ni sebulan..
so, gua nak ucapkan
"Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri"
kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam..
mohon maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa,
menginggung perasaan sesiapa dalam blog saya ini,
atau pun diluar semasa kita kenal...
Maaf Zahir dan Batin..






Thursday, September 17, 2009

sharing

.


Salam....

da lama gua tak share menda-menda 'ringan' dalam ni kan? macam songs of the day...dll..

akan gua usahakan untuk belajar camner nak masukkan player kat entry ni without dia start main terus...

dan juga entry-entry lain yang mungkin akan memberi sedikit sebanyak pengetahuan sesama kita...

c ya!





.

Selamat Ulangtahun

.


Salam....

1 lagi entry yang terlewat beberapa jam....

Dengan sambutan ke 46 penubuhan negara Malaysia pada tarikh 16 September 1963...

Selamat Ulangtahun Malaysia...

Terukir sejarah dengan tertubuh sebuah negara baru pada tarikh ini dengan gabungan beberapa buah negeri merdeka yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura pada ketika itu....dengan disaksikan dan dinyatakan oleh Tun Abdul Razak Hussien..


satu ungkapan kata-kata sesorang untuk dikongsikan sempena dengan ulangtahun pertama website 1Malaysia...

"none of our Malaysia's Prime Minister is a 100% Malay..."

tak percaya?? sila lah kaji...


Bendera Malaysia dikibarkan buat pertama kali di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur pada 26 Mei tahun 1950. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil sultan seluruh Tanah Melayu.






.

1 Malaysia


.

salam.... entry kali ni saje je gua nak kongsi sikit apa dalam fikiran dan perasaan gua... 1 Malaysia yang dilaungkan oleh PM kita, Dato' Seri Najib, meminta semua rakyat Malaysia bersatu padu dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

.. dan tulisan gua ini tidak depengaruhi oleh mana-mana blogger atau parti lain..huhu

okay...memetik kepada kata-kata arwah Yasmin Ahmad didalam klip video temubual arwah di Star Online, arwah ada mengatakan bahawa beliau telah membawa konsep ini didalam semua kerjaya seni beliau sejak 15 tahun yang lepas...


dan daripada klip video temubual Mamat Khalid didalam sebuah blog, mengatakan bahawa filem terbaru beliau, ESTET dengan secara tidak langsung telah mewujudkan konsep 1Malaysia ini tanpa disuruh atau diminta oleh sesiapa...watak lakonan didalam filem itu sendiri telah mewujudkan konsep ini...


gua sendiri boleh katakan karya pengarah lain, terutama Khabir Bahtia dan Afdlin Shauki juga tidak ketinggalan dalam mewujudkan konsep perpaduan seperti ini...sebelum laungan oleh PM kita...

tu blum masuk iklan-iklan petronas dan lain-lain lagi...terutama arahan arwah Yasmin...

tapi, kalau ikut gua, tak perlu nak persoalkan siapa yang nak wujudkan dulu atau siapa yang keluarkan idea ini dulu...masyarakat kita dah hidup berbilang kaum ni dah lama...cuma, dalam masa sekarang ini ada timbul masalah antara segelintir kaum disini hanya kerana ideologi politik...atau mungkin lebih senang kerana
kuasa...kita buat filem atau iklan atau apa sahaja yang berkonsepkan 1Malaysia bukan bermaksud kita sokong mana-mana parti politik...kita buat untuk negara kita..

mungkin anda seorang pengarah atau orang seni...jadi pengaruh anda hanya tertumpu kepada segelintir golongan masyarakat sahaja...jadi sebagai seorang Perdana Menteri, beliau mungkin ada pengaruh daripada seluruh rakyat malaysia...maka apabila beliau melaungkan slogan 1Malaysia...ianya diterima umum...

tak perlu ada suara yang nak mintak kredit atau penghargaan disini...cukup sekadar semua pihak faham dan bersetuju untuk bersatu padu demi masyarat dan demi
1Malaysia!

chup...gua bukan berpihak kepada mana-mana...sekadar berkongsi pendapat...


nak kongsi sikit cerita yang mengenai kejadian yang berlaku kira-kira 22jam yang lepas...sewaktu gua dalam perjalanan untuk ke 'uptown' shah alam bersama dengan kekasih hati, Asmawati...


kami ternampak sebuah kereta Myvi putih tersadai tepi jalan sebab kereta tu tersangkut dekat jalan yang belum siap...area bunga lawang...satu tayar dan terjunam jatuh...dari apa yang gua nampak sekali imbas, kereta tu tersilap jalan sebab dia ikut jalan yang belum siap turap...tapi agaknya dia bukan orang sini, so dia pun taktau jalan tu tak siap lagi sebab lane tu tak ditutup....

melihat kepada riak gua yang tak abis-abis kesian kat kereta tu...As pun suruh gua buat 'u' turn patah balik gi dekat kereta tu balik...padahal dah sampai last round about dekat 'uptown' dah...

so, 'u' turn je balik, tengok ada sebijik motor and sebuah kereta berhenti...dah dekat tengok rupanya kereta 'call man'...ingatkan 'call man' tu Chinese...rupanya kereta Myvi tu owner dia chinese...


so, gua tengok dah ada usaha untuk kereta tu reverse tapi bawah tayar dah kosong...beramai-ramai la cari idea usaha nak buat camner...tapi gua hangin sebab 'call man' melayu tu asyik kata jangan bila gua nak letak kon tutup jalan tu bawah tayar..sebab katanya nanti dia 'tendang' kena gua...ai, dia tak nampak ke gua dah halang guna kaki?

sekali lagi cubaan gua untuk jungkit kereta tu dengan kayu sambil stering pusing so that tayar tu akan kena pada kayu, takde la licin sangat...tu pun mamat tu kata "jangan bang...nanti kayu tu tendang kena t*l*r abang kang..." ish...pehal mamat ni...tapi Alhamdulillah...berjaya jugak dengan bantuan mamat motor dengan cina tu sendiri tolak dari depan....

gua agak pelik dengan mamat 'call man' tu tegur gua 'Jangan' tu maybe sebab dia nak tunggu lori tarik dia sampai kot...so, kitorang dah buat dia rugi niaga...tapi...


tu bukan masalahnya...niat nak tolong...cuba la tolong dulu, dah takleh tolong baru la guna ikhtiar lain...kan?


gua terus masuk keta, then tetiba lelaki cina yang dua orang tu datang kat kereta gua...salam..then speaking [dia mcm tak reti ckp melayu sgt..] nak belanja minum...kesitu plak... tapi yang tak tahan tu bila kawan dia salam tangan gua....siap cium plak!!! dua kali pulak tuh!! cissss... yang cina tadi tu plak siap peluk gua....aduhai...macam hapa je!

gua cakap lebih kurang...then terus gerak...adoi la...

jadi...1Malaysia kah anda?

gua? gua rasa gua memang ada sifat 1Malaysia tu kot...


gua maybe tak berduit...tapi gua rasa ada banyak cara untuk tolong orang ni...kan?


cuma....gua benci skit orang-orang [tak kira lu melayu ke, cina ke,india ke] yang memandu atas jalan or parking kereta yang 'KIASU' dan dengan kata lain mementingkan diri sendiri...S**kS!!

sama-sama kita hayati semangat harmoni masyarakat Malaysia kita ni...


gambar ehsan www.1Malaysia.com.my





.

winner takes all...

.

Well, it's a late entry but still....


an average game for Manchester United over their UEFA campaign...

yet....winning is winning...


source: www.manutd.com


and also not to forget...

it's never be an ending stories for Datuk Nicole Ann David...

even she had lost her game few days back...

put ourself at her place before we critic her game...

its about pressure and fitness after all she had gone through..

all the best to you...


picture taken from: www.nicoldavidonline.blogspot.com





.

Wednesday, September 16, 2009

I K L A N

.

salam...


gua baru tengok iklan daripada SPRM...

peringatan yang 'agak' mengingatkan...

bleh la...even dia macam guna theme merdeka...

takpe la...at least ada add tema 1Malaysia...

p/s: bersama membanteras rasuah...

"Lapor Jika Ada Rasuah"





.

Monday, September 14, 2009

* 2 nota untuk reader *

.


To : Bro Ahmad Shah,

The previous note is nothing to do with you...you are great bro, somehow gua jadi segan plak dengan lu...

dont worry, thing gonna be fine later on...lifes goes on...



To : Pn. Nsy Mk,

Great!! taktau plak u pun dah start blogging...nice anyway!!

congratulation and thank you sebab singgah kat blog ni jugak...

see....ada ur link kt belah kiri ni... [promote..promote...]







.

Sunday, September 13, 2009

winner takes all...

.


the game was fantastic!

tak rugi bersengkang mata nak tengok

all players done their job well

even 9 players on pitch can beat 10 players!!

they have shown how the champion's play

BIG hands for them

*clap clap*


# taken from www.manutd.com

and

not to forget our own football team

congratulation to our young football player


for their win over Lesotho on the friendly match earlier

let's do our comeback!

# Ihsan dari website FAM





.

Saturday, September 12, 2009

KAWAN

.


Salam...



semua orang ada kawan...


semua orang perlukan kawan...


semua orang sayang kawan...


semua orang kalau boleh nak tolong kawan...

tapi apa sebenar gunanya kawan?

ada ke kawan yang susahkan kawan?


or ada ke kawan yang makan kawan?


hmmm...realitinya mungkin ada...pada sesetengah orang benda ni memang terjadi...mungkin sengaja atau mungkin secara tidak sengaja...apa-apa pun, banyak benda yang diketepikan atas sebab dah berkawan lama...


contoh macam gua ni pulak...jenis yang sangat cepat percayakan kawan...dalam erti kata lain cepat terpengaruh dengan kata-kata kawan...memang sejak dulu lagi...pantang kalau ada yang rekomen menda je...sebab? nak berkawan...kalau tak ikut or buat kang ada plak yang taknak berkawan nanti kan?

gua tak penah duduk kolej, tapi penah lepak kolej...ada tu ada la...tapi, dah la ciput...ni dah bertahun plak lost contact...so senang kata...tak ramai la kawan kolej...hah! ada..tapi nun kat sarawak nu hah...jadi cikgu...Cikgu Urai...huhu...


tapi bila sebut pasal berkawan ni kan, terlalu general...sebab macam-macam perangai kawan...

gua semenjak dua menjak ni terkilan dengan seseorang...kawan tu takde la lama sampai boleh celebrate jubli perak...tapi, sebab before ni penah la jugak susah sama-sama...dok jauh jugak la...tapi jauh mana pun sanggup jugak pergi...nak pergi mana pun boleh...hantarkan? pun boleh...tapi........

kenapa dia buat gua camni eyh?? gua tak senang....dan tak susah sangat...tapi sekarang dah susah...terutama susah hati...kena camni...lagi susah... bila fikir fikir balik,mana silapnya...ntah la...tapi gua ingat dia mungkin lupa apa yng dia penah cakap dulu...janji? hmmm...boleh tahan la...


kita mungkin tak sedar kalau apa yang kita minta dari kawan kita tu keterlaluan...ye ke? maksud gua..kalau setakat kita mampu takpe la...tapi bila diluar kemampuan, kena la ada 2-3 pasang tangan lagi kan? then itu gua setuju....cuma.......

ralat tu sebab dalam banyak banyak kawan baik dia yang lain....yang lebih 'senang' lagi...kenapa gua? sebab senang kena 'ayam' ke eyh? agaknya sebab cuit sikit je, gua dah angguk, so itu jadi advantage untuk dia...

gua taknak ungkit apa pertolongan gua...apa sangat yang gua tolong pun...gua bukan ada duit nak tolong, so tolong ikut tenaga yang ada je la...tapi sometimes we can't expect that those people have the same mind or thinking as us...

gua hangin bila takkan la benda kecik pun lu nak gua tolong jugak...mana lu punya tangan? mana lu punya kaki? masa lu makan sedap-sedap...ada lu ingat
gua? tak kot....

gua tak cerita benda ni kat sesapa lagi...[except 'seseorang']...tapi sikap lepas tangan yang macam ni kita taknak...kata pepatah..'habis madu sepah dibuang'...


patut ke seorang kawan buat kawan dia macam tu? ini ke kawan?

kita menumpang kebahagiaan dan kejayaan seorang kawan...bukan menggunakan kawan untuk mengejar kejayaan dan kebahagiaan diri sendiri...

tapi takpe...insyaAllah...mungkin satu hari Allah buka pintu hati dia, jangan lagi ada sikap macam ni...minta jugak jangan ada lagi kawan gua yang lain ada sikap macam ni...

setakat ni yang buat gua kagum dengan semangat kawan ni...yang bleh gua share citer-citer hidup mati...dengan few of kawan gua ni.... Amat & Fizi and few others...diaorang ni pembawa semangat kat gua...

masing-masing punya masalah sendiri..ada life sendiri tapi
alhamdulillah...bila ada keperluan...semangat kawan tu yang kedepankan dulu...

pesan dan nasihat pada yang ada kawan kat luar sana....cuba...cuba usaha buat sesuatu tanpa terus meminta bantuan orang lain...mungkin tak semua kawan anda tu sehebat anda...tapi, terimalah kawan anda sebagaimana dia berkawan dengan anda selama ini...


p/s: sekadar gambar hiasan yang mana sempat gua upload je...





.

Monday, September 7, 2009

hakikat

.

Salam....


actually gua taktau nak mula camner....but still is it sad...

belum pun dua minggu nenek gua meninggal...nampak macam susah nak terima hakikat yang nenek gua dah takde...memang normal ke untuk sesiapa yang kehilangan insan tersayang?

pagi tadi gua mimpi arwah nenek gua....selama ni gua tak penah mimpi dia,teringat kat di ada la...tapi taktau camner...gua mimpi arwah...and mimpi tu memang kena plak dengan bulan puasa ni....

mimpi dimana nenek gua terjaga dari tidur dia dan pergi ke meja makan...tempat gua, kakak gua and few others dah lepas makan sahur....then dia tanya " kenapa tak kejut mek sahur?" :(

and bila tengok kat dia...dia dalam keadaan yang lemah....terus automatik gua nangis...bila juga bangun terjaga dari tido...rupanya gua betul-betul nangis!!! duuhhh...

ini bukan kes malu ke tidak....tapi gua just nak tau if there is something behind this message... :(

since gua sejak 2 hari lepas berbuka kat luar...gua miss untuk menziarah kubur arwah...insyaAllah...kejap lagi gua akan singgah sana...

kena plak sekejap lagi ni gua nak ke PPUM semula...since today sepatutnya ada appointment dengan doktor...gua just nak inform doktor yang nenek gua tak akan datang untuk appointment kali ni dan seterusnya...to explain yang ini bukan effect dari operation tu...dan sampaikan salam dari cousin gua yang sama batch dengan doktor tu masa diaorang belajar kat UM dulu...

papepun...gua taktau sampai bila gua boleh lapangkan minda ni dari bersedih.....

28tahun membesar dengan dia...it such a long time... :(

ini baru nenek gua, kalau parents gua nanti camner??


p/s: Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...semoga Kau peliharakanlah dan tabahkanlah hati ini dari segala macam dugaan yang mendatang..Amin...




.

Tuesday, September 1, 2009

minyak naik lagi...

.

Salam...


harini kita dikejutkan dengan berita mengenai kenaikkan harga minyak petrol di Malaysia...

baru-baru ini kerajaan mengumumkan mengenai harga baru minyak setelah gred minyak petrol di Malaysia telah dikemaskini...taknak guna perkataan dinaiktaraf sebab actually pengguna biasa terpaksa turun taraf dari ron97 ke ron95...dan mengekalkan harga ron97 untuk ron95 iaitu RM1.75 seliter...dan ron97, dapat harga baru...RM1.85 seliter...

suratkhabar hari Isnin merujuk kepada berita syarikat minyak Shell telah mula menjual minyak ron95 lebih awal daripada tarikh yang sebenarnya...kenapa?

mungkin disebabkan oleh kenaikkan ini...maka mereka
bertindak untuk mengawalkan penjualannya... minyak V-power? dah tak laku la.... kenaikkan harga sebanyak RM0.05 seliter untuk minyak ron95 memang tak nampak banyak...tetapi diambil kira bila orang naik balik kampung untuk musim raya nanti...confirm la orang calculate...kan?

untuk ron97...naik sampai RM0.20 seliter....hmmmm....
seingat gua la...kerajaan pernah cakap pasal minyak ron97 ni...dimana kerajaan tidak dapat mengawal harga minyak ini sepertimana masa Shell keluarkan minyak V-Power dulu...

betul ke? tu ke sebab kenapa naik sampai 20sen?


selebihnya kita tunggu la reaksi rakyat jelata esok...termasuk dengan alasan kenapa harga minyak 'terpaksa' dinaikkan....


kalau ikut gua...dengan keadaan politik yang tak stabil ni...dengan kerajaan pusat pening semua pilihanraya kecil kalah...isu dalaman MCA...isu rasuah Port lagi...macam tak kena je masa untuk naikkan harga minyak...kalau lepas raya tu mungkin ok skit kot....

qoute kata ayah gua, "semua PRK tu kerusi pembangkang...susah la sikit nak memang...sebab tu memang lubuk diaorang..."

quote kata amat, "ini memang nak bagi peluang untuk pembangkang timbulkan isu..."

rakyat pun mungkin pening dengan isu yang timbul sekarang ni...dengan orang ca ya nun alif yang dah mula naik kepala...timbul plak isu perkauman kat Selangor...aduii...apa nak jadi agaknya lepas ni eyh...

papepun, gua bukanlah penganalisa politik...cuma menaip apa yang berkisar dalam kepala ni berdasarkan logik akal pendek gua ni...lebihnya...kita serah kat pakar...ada few link kat tepi ni...

Let the 'Judge' make
his decision...





.

Favourite

.

Salam....


Just would like to share a bit about those of my fav...a little bit bout them...

read a news paper about it today...

Name : Kabir Bhatia

Age : 40 years

Born in : back in New Delhi, India?? [damn! this guy is 100% indian...no wonder his movie is good!]

Film : Cinta, Sepi, Setem [most of them had a very good respond in market...Setem has got their rm1 million sales...fuyooo]

Next movie : Jalan Merdeka



wonder how he know about our culture in 11 years staying here? might be from his wife who is Malaysian and also a script writer...

well....what else should we say...if he can understand our country and live happily here, why should we...as pure Malaysian couldn't live as a Malaysian even after our 52nd Independant Day?

gosh...too bad that outside people is caring more about our society...huh


.