terkejut dengar beberapa perkara yang berlaku semalam dan hari ini....
1) Kejadian gempa bumi di Sumatera yang memberi kesan kepada beberapa tempat termasuk Shah Alam. Di seksyen 7, beberapa penghuni flat yang mahu dikenali sebagai Cikgu As dan Deknot turut merasai rumah mereka berhayun. Di bangunan Wisma Rozali, beberapa pekerja Indah Water terpaksa lari keluar daripada bangunan tersebut setelah turut merasai gegaran dan hayunan yang berpunca daripada kejadian gempa itu yang terlaku kira-kira jam 6.30petang itu.
*sumber berita oleh watak itu sendiri.
2) Sebuah jet pejuang yang disyaki sebagai pesawat Sukhoi telah dikenalpasti berlegar-legar diruang udara Shah Alam sejak tengahari tadi...menurut saksi yang mahu dikenali sebagai Otek, dia terlihat sendiri bagaimana pesawat penggempur tersebut diterbangkan rendah dikawasan seksyen 15 sehingga menyebabkan gegaran kecik. Beberapa kereta yang mempunyai alarm sensitif mengesan gegaran juga telah berbunyi. Ini mungkin ada kena mengena dengan pertunjukan udara oleh pesawat tersebut di Putrajaya nanti.
*sumber berita gua sendiri...saje je buat gempak..

.




0 comments:
Post a Comment