Saturday, March 27, 2010

circle OF frens

Assalamualaikum...

okay...isu hujung minggu...actually sejak kebelakangan ni gua and frens ada banyak menceritakan pasal circle of friends...

teori ni bak kata mr.hatta digunakan meluas even seluruh dunia...terutamanya oleh pihak berkuasa @ polis...

teori mengatakan kita boleh tahu tingkah laku, perangai, perihal, dan banyak benda tentang seseorang melalui 6 orang teman rapat individu tersebut. dikatakan pihak polis turut menggunakan cara ini untuk menyelesaikan kes-kes jenayah berkumpulan.. betul gak kan? kalau ada penjenayah yang kena tangkap, mesti ada lagi kawan-kawan dia yang turut kena tangkap...even adik-beradik pun ada gak...

sebabnya, circle of friends ni banyak mempengaruhi kehidupan or life sesorang..kalau kita bercampur+berkawan+bergaul dengan orang yang elok...kita pun turut elok...yang kurang elok, kemungkinan kita jadi tak elok pun sangat tinggi...

contoh, berkawan dengan perokok, kita yang tak merokok pun bleh jadi merokok...berkawan dengan orang yang biasa mewah, kita pun nak jadi mewah...bergaul dengan clubber, kita pun nak ikut gi clubbing...jadi...tu sebab 6 orang terdekat dengan kita banyak mempengaruhi cara hidup seseorang tu...

nak kongsi ni bukan apa...since gua telah makin memulakan langkah dalam business ni, pun disebabkan oleh salah seorang dari 6 bestfren gua...bukan nak kata apa...just bila kawan-kawan rapat yang kongsi ni, kemungkinan untuk berjaya tu ada since kita ada tempat untuk berkongsi dan share masalah..or dengan kata lain, senang sebab 'we are talking in the same language'..

tak percaya? cuba anda lihat kawan-kawan sekeliling anda, adakah sedikit sebanyak ada persamaan dengan anda? or anda sama dengan diaorang? bukan nak kata apa, tapi pengaruh tu yang mendorong kita untuk kelihatan sama or seiras or taknak lari jauh dengan apa yang kawan-kawan kita buat...

dan mungkin jugak kita senang nak pengaruh kawan-kawan yang rapat dengan kita? kan?

jadi...kalau macam gua ni, nak berkawan pun memilih...gua tak cari kawan sendiri, tapi gua kawan dengan kawan-kawan kawan gua...erk! dengan ayat paling senang, gua berkawan dengan kawan kepada kawan gua... dapat?? buat-buat dapat je la ye.....wakakaka..

tu saje kot untuk kali ni...dah kol 2.40 and esok nak keluar pagi...c u later...

salam...


Saturday, March 13, 2010

royalti

Assalamualaikum..

even sekarang ni masih dalam mood untuk menulis blog...tapi actually belum ada isu hangat lagi untuk dikongsikan...

kecuali satu ni...

gua ada tengok rancangan TERJAH! kat tv3 baru-baru ni..dan confirm ia adalah ulangan sebab gua tengok pagi buta sebelum tido lepas balik kedai...salah satu daripada isu yang ditayangkan adalah kisah menantu kepada arwah P.Ramlee...kita semua kenal P.Ramlee kan (1929-1973)? tapi kita tak berapa kenal sangat dengan arwah Nasir Ramli...

pendedahan media sebelum ni menunjukkan arwah pernah berkerja sebagai tukang sapu sampah dengan DBKL...adakah dia layak untuk kerja itu sedangkan dia anak kepada seorang seniman terkenal tanah air?

sebelum ni banyak jugak yang kita dengar kisah anak-anak arwah P.Ramlee yang cuba menuntut royalti hasil daripada karya ayah mereka daripada pelbagai pihak kerana karya beliau masih lagi ditayangkan sehingga kini. malah, dalam Terjah! juga mengajukan pertanyaan kepada seorang penyanyi dari negara seberang berkenaan royalti ini kerana telah menyanyikan dan merakam semula lagi 'Madu Tiga' karya arwah P.Ramlee...hasilnya? wallahualam...

tapi mungkin ada antara kita tidak sedar bahawa ketika arwah seniman itu berlakon, mengarah dan menyanyi...kesemua itu dilakukan di era awal penubuhan Malaysia...yang ketika itu Singapura pun masih belum keluar dari Malaysia... sedar tak??

dan kebanyakan lakonan ketika itu dijalankan di Singapura...dibawah label Shaw Brothers... mesti kita penah tengok nama ni kan? sama ada diawal atau diakhir setiap filem beliau...

jadi rasanya kesimpulan kat sini amat senang...gua cuma nak berkongsi pendapat gua daripada apa yang gua fikir logik dan daripada apa yang gua dengar/baca...

Shaw Brothers masih la gi wujud di Singapura dan syarikat itu sememangnya ditubuhkan dan berpengkalan disana...jadi, salahkan gua katakan bahawa semua royalti atas karya arwah P.Ramlee adalah hak milik syarikat tersebut dan adalah menjadi tanggungjawap syarikat untuk membayar royalti kepada individu itu...gua mengeluarkan kenyataan ini tanpa sebarang bukti kukuh sebab ini berdasarkan logik gua...

[perlu saya menaip ini disini kerana sekarang ini banyak kenyataan blogger yang jadi kes..termasuk kes mahkamah...dan ini bukanlah pendedahan apa-apa kerana saya juga tidak ada bukti..cuma andaian logika saya]

jadi jika ada perjanjian diantara arwah dengan syarikat pengambaran tersebut berkenaan royalti, itu mungkin berterusan semasa beliau hidup...tapi ada ke perjanjian setelah beliau meninggal dunia? wallahualam...

tapi dalam kes ni, bukan senang untuk tuntut royalti kerana karya agung ini masih belum menjadi hak mutlak negara..beliau diiktiraf sebagai seorang karyawan negara tetapi royalti karya beliau adalah hak syarikat negara luar...agak sukar untuk dituntut...jadi kepada yang sedang berusaha untuk menuntut, anda mungkin perlu pergi ke saluran yang betul untuk mendapat khidmat nasihat dan pertolongan, jangan cari gua sebab gua pun tak arif dalam hal ni...gua cuma pandai menaip je....huhu...

ini semua pandangan gua, jangan pulak gua disaman atas sebab ini kerana pandangan orang kerdil ini...

kita fikirkan bersama....salam....

Al-Fatihah buat arwah P.Ramlee


Tuesday, March 9, 2010

comeback?

Assalamualaikum,

baru gua perasan yang entry ini adalah entry pertama gua dalam tahun 2010...perghhh...2 months without entry...

btw, memang tak banyak pun gua nak cerita...just nak kongsi semua foto terbaru pasal collection hotwheels gua and few others...

sekarang ni gua dan juga few my frens nak mula buat 'all out' pasal business pendant ni...since adanya plan baru yang maybe group chinese tak buat...kebarangkalian memang tinggi untuk berjaya...

so, sekarang memang kena buat kerja banyak sikit...kena study and since gua maybe akan ada group coaching lepas ni...paling penting..kena banyak bersabar...and belajar bersabar...huhuhu...

senarai nama dah siap, but blum ada leader yang betul-betul get link lagi untuk gua, but since ada downline yang bergerak, elok gua focus untuk diaorang dulu...

sampai sini dulu la kot, so...to those yang interested nak tau apa business yang gua tengah buat ni, send me a text....017 3947452 and we might have a tea somewhere...

hah...lagi satu, untuk treatment plak, dah ada pendant basahan ni, bleh la jalan sikit...alhamdulillah, last 2 treatment berjaya membuktikan keberkesanannya... first treatment kat senawang, abang kepada classmate gua masa diploma dulu, Zuwairi...abang dia kena strok for last 1 year, dan alhamdulillah, after two hours treatment, abang dia berjaya gerakkan tangan, angkat kaki dan bukak tapak tangan dia...time tu...Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya family dia dan kitaorang yang buat treatment haritu (amat,hatta and myself)...

2nd treatment kat sec18 je...budak umur 2 tahun ada masalah saraf...alhamdulillah, lepas 2 1/2 jam, family dia nampak kesannya...gua tak tau condition adik tu sebelum ni, tapi selepas tempoh tu, memang ada kesan yang sangat baik mengikut kata parent adik tu...so, Alhamdulillah...we get a leader who trust on product...sebab....

the product can talk by itself....that is Quantum Pendant

(promote promote)