Wednesday, December 31, 2008

QP

produk kesihatan yang tak berapa nak baru tapi sangat berkesan...
kesan yang maksima dan terbukti dalam sekelip mata...

me, my bro - amat was doing this as part timer [except hatta doing this full time]

no kidding...sesapa berminat boleh tinggal massage kat chatbox sebelah ni ye... [ termasuk untuk mendapatkan keterangan lanjut ]

QUANTUM PENDANT

note


just saw this note

is it for me? or not for me?

might be i'm da 1 who perasan it is for me...huhu

since it was written on 10th December

kebetulan kot

tapi takpe...its sounds good to motivate me!

thanks neway 2 da writer

Monday, December 29, 2008

Raina Syuhaibah

the new born girl in my nephews...

tak new sangat la...dia lahir 15 dec 2008...in between gua and Dina...another December girl!
memang ala-ala kakak sulung dia...kan?





habis la gua camnie...nak tunggu anak gua sendiri nanti, diaorang ni dah besar...sure kena buli nanti sebab sekarang ni gua asyik buli anak buah gua...wakakaka...
p/s: menghabiskan 1 pagi untuk update blog...@ makan gaji buta since diaorg tolak gaji rm70++ sebab absent katanya...ciss!!

Famous Entry

haaa...bukan Famous Amous eyh!

antara entry paling famous kat blog gua ni...rasanya pasal collection Hotwheel gua...huhu

2 malam lepas, gua jebak gi tesco extra untuk beli mineral water plus jalan-jalan kot2 ada nak beli pape...then, memandangkan bahagian toys tu dekat jugak dengan entrance, singgah la kejap...

luorang tau gua watpe? shopping la... giler hotwheel beb!! ntah camner bleh plak ada model 2008 yang gua blum penah nampak...

tapi tu la hotwheel, biasanya dalam setahun dia akan keluarkan stock baru 3 kali...Februari, Julai dengan November... dah lama gua tak gi Tesco ni...tapi kali ni harga dia agak mahal jika dibandingkan dengan sebelum2 ni...

saksikan lah gambar gua 'gila' hotwheel yang diambil oleh mamarazi as!! panas...panas...

SecRet AdMire

huh! wujud lagi ke Secret Admire dalam abad ke 21 ni??

macam dah berkubur je...atau gua sendiri yang dah lama tak masuk 'port'?

pagi2 lagi...masuk je ofis (walaupun hakikatnya patut cuti harini..huhu) terus nampak ada sekotak coklat depan PC atas meja gua...

FERRERO ROCHER!


siap bertulis 'EN. HELMI' pakai marker...sah la bukan untuk gua pasal ejaan gua bukan camtu...

ikutkan gua tak nampak pun ada marker kat cubicle dekat2 sini...hmmm...mungkin ditulis kat tempat lain then diletakkan atas meja gua...

isk...gua tak terfikir plak ada lagi istilah 'secret admire' , 'adik/abang angkat' ni... (sephia/kekasih gelap ada la kot....wakakakaka) alih-alih ada plak pagi-pagi ni...

hmmm...kalau gua lapar, gua makan la kot...takot dah dijampi je...sebab kotak dia macam terbukak sikit...wakakaka...macam mentality orang dulu-dulu je kan...

lantak la...if ada orang ngaku elok la...if not...send resume dekat Asmawati...biar dia tapis...


:)

Monday, December 22, 2008

past few day

ni nak citer balik beberapa hari lepas punya citer....tapi mungkin ada yang tertinggal sebab banyak sangat yang jadik...

1st...pasal part time job gua...so, alhamdulillah, hatta dan amat sendiri dah banyak menyuntik semangat gua untuk terus melangkah jauh dalam bidang ni...insyaAllah, dengan pertolongan mak gua jugak, gua amik another set untuk kekawan dia...looking forward, kamal+mak dia...

malam tadi lepas kuar mkn, dah nak masuk pintu rumah pun, kebetulan ayah gua pun balik...terus dia panggil untuk cerita kat kawan dia...so, gua pun citer sikit lebih kurang, pass kat dia sebijik untuk dia balik tengok+try kat umah...ikut kat hatta, another 3 day bleh follow up balik...

mintak2 dia try la malam ni....huhu..

2nd thing, pagi tadi...gua gi interview yang dah disetkan since mid last week...mmg gua harap dpt buat weekends, so interview tadi buat casual je...kat uncle lim's subang parade... have a chit chat je...ikutkan en. nazri and en.badrul tu muda lagi..tengok muka pun muda...rambut gua je nampak tua.....wakakakaka...

so far interview tu nampak ok and since they mention that i was the 1st candidate yang interview untuk their new set up business ni...gua macam confident je la...bila dengar dia kata company ni baru set up...its likely a risk jugak kat gua...local bumiputera company...tapi bila dengar dia dah dapat job dengan sime darby plantation, ada few other business diaorg dalam perancangan including to set up service center in putrajaya...it was convincing jugak la...

insyaAllah, kalau betul ni rezeki gua, dalam minggu depan diaorang bagi feedback and once lepas tu...i need to think how shall i tender my resignation within 1 month notice...diaorang nak post ni filled urgently...to set up their HR punya team and welfare... gua ada 29 days of AL...but do i allowed to contra that with my 2 months notice? gua kena cuba...esok mintak advice dari MEF+labor office.

3rd, petang semalam/malam semalam....as told me that abah dia kena sakit cikungunya...adoi... gua plak panik...sebabnya gua dengar-dengar kata penyakit ni bahaya gak la...ala-ala denggi katanya...abah dia degil, gi klinik and they just give him injection+ubat untuk makan...gua advice dia untuk buat cas dekat air+sapu kat badan...insyaAllah reda ke sakitnya...

surf kat internet, jumpa blog rasmi kementerian kesihatan...ni yg gua dapat....

6Aug

Penyakit Chikungunya

Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.

Disediakan oleh: Dr. Azlan Darus - Penolong Pengarah Kanan (CPBV), Bahagian Kawalan Penyakit ( 30 Julai 2008)

Disemak oleh : Ahmad Safri Bin Mokhtar - b/p Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit

waaa....tak membawa kepada kematian...alhamdulillah...tapi still, untuk yang berumur...kena hati-hati la...

masa gua berkebun ngan mak gua petang tadi pun kena gigit nyamuk gak...banyak nak mampos!! sampai takleh buat keje...hishs!! geram je gua tadik...

4th, semalam ajak hatta keluar, konon2 nak gi close kat area 13...tapi tak jadik, so gua ajak dia gi bandar baru klang untuk demo kat sorang chinese ni...balik tu terus balik umah sebab ada majlis kat umah...

majlis hari jadi anak buah gua...dengan gua sekali....wakakakaka...kelakar kan? hahaha....ada few gambar masa majlis tu...nanti gua share la ye...macam budak-budak plak rasanya...huhu...

baru 27 tahun je gua... =)


rasanya tu je la cerita yang gua ingat untuk publish kali ni... chabutttt

p/s: thanks kat amat for all the wish...wakakaka

Saturday, December 20, 2008

Hotwheels lagi!

entry ni akan merujuk kepada koleksi HW gua yang dah lama tak bertambah...since setiap kali pergi Jusco, asyik model lama je...kali ni gua mula carik tempat lain plak...pergi pagi2 buta pun takpe...carik kat seven eleven... haaaa...macam tak caya je kan?

'09 Corvette ZR1 - 2008 First Editions
Fast Fish - 2008 First Editions
Chrysler Firepower Concept - 2008 Track Stars
2008 Tesla Roadster - 2008 First Editions

jadik, gua akan cuba memulakan balik aktiviti mengumpul koleksi ni sampai gua jumpa 2009 punya edition...

insyaAllah, kalau takde aral melintang and ada rezeki gua, gua akan dapat koleksi HW daripada US...gua nak order and mintak orang kat sana kirimkan...huhu...[tak malu kan? :P]


Wednesday, December 17, 2008

*RALAT*

kepada pembaca blog gua ni...gua dengan rendah diri ingin meminta maaf kerana dah tersilap taip untuk entry yang lepas...

PEMBETULAN

anak buah gua yang baru tu bukan lelaki....tetapi dia seorang PEREMPUAN yang mukanya sebijik macam kakak sulong dia...

nama? gua blum tau lagi...

mintak maaf sebab gua tulis entry tu dari ofis...balik umah baru tau jantina dia perempuan...huhu

malu...malu...

maafkan saya...

Monday, December 15, 2008

no: 5

haaaaaaaaa..........

akhirnya...............

akak gua bersalin gak...setelah dekat seminggu due...anak dia yang ke-4...dan anak buah gua yang ke 5...
ikutkan, sehingga ke saat gua taip entry ni, gua pun tak tengok lagi anak buah gua tu...huhu...
katanya dah nak balik petang tadi...tu waktu gua call la...taktau la betul balik ke idak...

anak lelaki kalau tak silap...so tinggal la Dina je yang perempuan dalam adik beradik dia...shian dia...dalam jumlah anak buah gua yang 5 orang tu, Dina je perempuan...anak abang gua, Aqid (lelaki), adik Dina - Hilman, Haffiey (lelaki gak) then yang baru lahir ni...taktau nama apa lagi...pun lelaki gak...

takpe la...InsyaAllah kalau rezeki akak gua sorang lagi ke, mana tau dapat perempuan ke...

tunggu gua? erm....erm....

aritu Dina ada tanya gua, "Pak ngah, pak ngah ni bila nak kawin?umur berapa nak kawin? pak ngah kan 20 tahun lagi tua dari Dina...."

perghhh...terharu gua dengar...Selamba je gua jawap, "Tunggu dina umur 9 tahun...." wakakaka...

[lepas dia bilang jari...] " lagi 2 tahun??!! yea..."

eh...dia pulak yang excited? huhu...lantak...gua sayang kat dia, sebab tu lebih banyak borak ngan dia...

:)

p/s: nanti gua upload pic anak buah gua tu...

Thursday, December 11, 2008

Los & Faun - 10 Stars

Special thanks to Afdlin Shauki a.k.a Ahmad Shah kerana telah berjaya membuatkan gua bergelak ketawa sepanjang menonton filem terbaru beliau ini...

Sebagai salah satu kodok yang meminati lakonan dan mengikuti filem-filem beliau, diakui bahawa beliau sentiasa memberikan yang terbaik dan lain dari yang lain...

kepada yang belum menonton, sila pastikan anda menonton filem ini dipawagam berhampiran...

p/s: citer ni lebih best dari citer 007!!

10 STARS!

Wednesday, December 10, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah...syukur kerana gua diberikan peluang untuk terus merasai hidup dan terus ingat pada Dia... syukur gua diberi peluang untuk menjejakkan umur gua ke angka 27...

dah 27 tahun gua hidup...masih banyak yang kurang pada diri gua ni..dan InsyaAllah sekali lagi, gua akan cuba memperbaiki perlahan-lahan, tapi jangan la perlahan giler eyh! huhu...

gua baru je balik dari keluar tadik...ikutkan ada wat makan-makan kat umah, pastu bleh plak gua tertido jap before keluar untuk jumpa as tadik...dengan merajuk-merajuk+mata merah sebab baru bangun tido, gua gagahkan diri gak untuk keluar...wakaka...

wat a surprise, perjalanan ke sec 18 memang agak jauh dan cukup la untuk membiarkan jam tu melangkah ke waktu 12.01 tengah malam...so, dia pun surprisekan gua dengan kek yang datang dari ntah mana+a piece of card...sweet card! and a piece of brownies, bukak kek eh...silap...

siap lilin+lighter...waaa...well prepared... :)

anyway, special thanks to as, and thanks to all preparation that she make for me...walaupun sempoi, tapi gua rasa best...ala, kalau dah suka, semuanya best kan? kan? kan?

wakakaka....papepun, really thanks asmawati! semoga panjang umur, next year kita sambut sesama lagi...

AMIN

Tuesday, December 9, 2008

tewas tak masuk akal?

gua bengang giler tengok bola semalam...punya la nak mampos gua tengok semua player main, game dah tinggal 6 minit je lagi, bleh plak keeper yang 'fofular lagi pemain paling bernilai' musim lepas buat kelakar...

dengan dia tak budget bola tu nak jatuh kat mana...dengan mata pandang ke player mana ntah... dia boleh terlepas bola tu...menjerit satu rumah gua semalam!!! gol paling bongok tau tak!!

jangan la lepas ni ko kata keeper kat EPL pun penah jadi camtu...sebab gua akan jawap, "itu liga kelab...bukan international...lagi plak kita nak cuba kejar piala...bukan nak main liga..."

memang hampeh giler...90 minit gua tengok, patut Malaysia dah bleh score 4 semalam...tapi tu takde hal la kalau tak dapat score, ni dah susah-susah nak dapat seri, bleh plak player paling last buat hal...

aduhhhh...takleh terima gua... masih terbayang-bayang kat mata gua camner dia lepas gol tu...
nasib ejaan nama dia tak sama ngan gua...huhu...

KARUT!

Friday, December 5, 2008

seminggu dalam satu

semua cerita-cerita dalam tempoh masa seminggu yang lepas [seminggu lebih sebenarnya]



birthday
kita mulakan dengan 24hb Nov, iaitu malam sebelum gua start cuti... keadaan yang agak dekat office since semua keje skang ni nak cepat, walaupun hakikatnya production dah tak cepat...dia balik umah dulu sebab...[tak ingat sebab apa...] then gua balik agak lambat sikit, ada buat headcount report dengan kak ah... keluar ofis dalam kol 10.30mlm, dah takde kedai pun bukak, so...redah kat 7E je la...konon-konon gua nak buat surprise...tapi last-last gua yang kena surprise...hamik kau! kol 1.30am jugak baru dapat jumpa...sebab apa? ermmm...gua takleh lupakan... 'SURPRISE!!'


birthday II
dah sekian lama gua tak amik cuti, kali ni amik cuti untuk 2 hari terus...kebetulan nak habiskan cuti dan kebetulan pulak dengan hari jadi dia...walaupun gua dengan penuh semangat tunggu untuk celebrate sama...akhirnya dapat la jugak celebrate sama...huhu...tengok wayang citer Madagascar 2 siap! Note: gua punya smart sampai pakai baju kemeja tuh!


konvo
hari kedua cuti, adalah antara hari yang paling gembira untuk gua, 26th Nov, tarikh dimana dia telah ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Sains Alam Sekitar...[kot??] dan 'kawan' adik gua ditauliahkan dengan Anugerah Naib Canselor apa ntah...huhu... kebetulan mak gua join the group untuk pergi tengok konvo tu...gerak 1 keta, gua+mak gua+farah+as... lepas konvo selesai...sesi bergambar dan.......sesi bertemu mak/ayah memasing...dan......sesi mak gua bertemu dengan mak+ayah+nenek+akak+abg+adik dia.... :) cheers!


cuti reject
bila masuk je keje, terus dapat beribu lemon email...termasuk status cuti gua...gila tak gila...cuti gua 25hb lulus...tapi yang 26hb kena reject! hantu raya...tapi gua buat taktau je...lantak pi...gua apply 2 minggu awal dan time tu dah kata lulus pun... huhu...terus down untuk whole day.. Note: gua cuma cuti 2 hari je...last gua cuti is 3/4 months back...


konvo II
kali kedua gua panjat menara untuk teman dia gi konvo kawan baik dia...dapat la makan lunch kat Ani sup utara tanpa mengeluarkan modal...wakakaka...

konvo III
untuk kali ketiganya, teman dia lagi sekali untuk jumpa kawan dia...tapi kali ni banyak sikit cabaran...huhu...kelakar giler...sian plak gua tengok minah yang konvo tu...takpe la...what friends stand for...

mimpi
gua dah lupa bila, tapi yang gua ingat benda ni jadi sehari lepas kakak guaa pesan soh pasang cd bacaan Al-Quran kat umah...sebab katanya ada yang tak kena kat umah gua ni...n gua ikutkan je la...lebih specific, bacaan surah Al-Baqarah...
nak jadikan cerita, malam esoknya gua mimpi...tak penah lagi rasanya gua mimpi macam tu,cuak plak! mimpi jumpa dengan lembaga, benda tu kecik, rendah, berbulu lebat giler..dah macam anak kingkong, tapi bila gua jerit panggil dia...benda tu terus hilang...perghhh...betul ke gua ni? ~mainan syaitan ni....

blackout
rabu lepas, quite interesting sebab gua receive call from kak maznil, bagitau kata kilang blackout and TNB still tengah check...teringat kejadian tahun lepas bila benda yang sama jugak jadik tapi puncanya sebab tikus gigit kabel...kali ni, satu unit distribution tu terbakar...katanya sebab short incoming power cabel...kena tukar seketul menda tu...

teguran
mungkin betul jugak dia cakap...gua ni orang yang takleh terima teguran...sebab asyik nak menang je...InsyaAllah, gua kan cuba berubah... gua pun selalu tegur dia, itu tak kena, ini tak kena, macam la gua ni hebat sangat...tapi yang gua kena tegur dia is the way dia drive, kena more aware dengan keadaan sekeliling...plus pasal handphone company, in case of emergency...[awk nk jadi mcm superior awk ke??] wakakaka

bulan dipagar bintang
kejadian kalau tak silap hari isnin lepas, memang kebetulan sebab gua perasan bulan ni masa nak masuk kereta, then masa tengah makan kat padang jawa dengan as, amat+ani, hatta, gua ada amik gambar bulan tu...cantik dan unik sebab bulan sabit tu menghadap keatas dan 2 bintang yang mana menyerupai mata+senyuman...ala-ala dongeng bintang+bulan tengah senyum...kata amat, 40 tahun lepas, kejadian ni la bagi ilham kat P.Ramlee untuk cipta lagu 'Malam Bulan Di Pagar Bintang'...

kejar
sambungan lepas makan malam kat padang jawa, amat gerak dulu, hatta balik ikut highway, gua ikut sek 7...elok lepas corner t.light UiTM, ada kancil ikut gua, rapat gilos...masuk simpang flat sec 7 pun dia ikut rapat before gua realize gua kenal kancil tu...shut!! teruskan jalan until simpang hujung sana, gua rembat macam orang giler sebab nak larikan diri...wakakaka...sebabnya, it is not a right time untuk dia nak jumpa gua...kang tak pepasal jadi lain, gua taknak jadi pape dekat dia, dia tak salah pape, gua jumpa dia berbulan lepas gua break...she's not the reason why we break up...

hutan
as dapat tawaran untuk sambung master, buat research...tapi tak sure lagi katanya...erm, setahun setengah...fuuyoooo...dok dalam hutan setahun setengah...[for sure la ada gak keluar, balik kampung ke...gi town ke...takde la dok dalam tu je kan..] gua takleh halang kalau itu minat dia...gua sokong je, tapi gua rasa time tu mungkin gua soh parents gua gi minang dia kot... huhu..

pendant
Quantum Pendant - benda ni sebenarnya menarik...direct immediate result...kebetulan gua nak ayah gua rasa, panggil hatta untuk borak benda ni...lepas tu, terus amik 1 set...gua pakai 1, parents gua 1 sorang, and gua bagi hadiah 1...InsyaAllah, gua nak dapatkan jugak testimonial dari sapa yang pakai...testimonial gua? alhamdulillah, gua kurang mengah...ada la tenaga...yang penting kurang pancit! hehe...

demam
since minggu lepas, gua dah rasa tak sedap tekak...macam pedih2...rabu/khamis baru jumpa doktor inhouse, dia kata tekak gua merah+ada infection...jumaat dah rasa tak sedap kepala...sabtu, confirm gua demam,tak larat giler...bawak ke ahad...lagi la tak larat, sempat jugak drive keta bawak parents gua gi hospital, tapi balik ayah gua bawak...gua dah lalok sebab makan ubat punya pasal...huhu...isnin. raya korban gua kat umah je la... :(

kawin
dengar citer amat+hatta nak kawin plus segala persiapan diaorang dalam waktu terdekat ni...gua jadi cuak plak sebab gua ni takde simpanan nak kawin...untuk bertunang, InsyaAllah...untuk kawin, gua blum tau lagi...kalau terus makan gaji ni, memang tu je la yang ada pun...simpan seribu sebulan pun belum tentu cukup...gua tak rasa gua ni boros sebab most of the time segala baju+seluar gua pun semua pakai mana yang ada je...ayah gua punya lagi...tapi sebab gua habis kat keta kot...wakaka...InsyaAllah, gua akan usahakan...ada la tu rezeki gua nanti...

eksiden
kahmis petang hatta call gua, since dia pinjam keta gua rabu haritu, call katanya dia eksiden, kena langgar bumper belakang, dia punya borak, kata teruk sampai lampu belakang gua masuk ke dalam...chilake tul...tapi gua teruskan jugak buat keje kat opis, malam tu, before gi bawak parents gua berubat, gua gi amik keta, takde la teruk mana, kemek sikit je...hampeh lu ta!

tujuh belas
lastly...cerita yang ke 17, tempoh bulan yang akan gua lalui nanti...InsyaAllah, kalau panjang umur, murah rezeki dan panjang jodoh gua, tempoh ini la akan menjadi tempoh yang lama kalau dikira-kira dan jadi tempoh yang pendek kalau wat tak tau je...tapi, banyak yang gua kena belajar dalam tempoh ni...bersabar, jaga tingkahlaku, jaga pertuturan, kawal emosi, kawal belanja, dan macam-macam lagi...gua akan pastikan kita jalan seiring untuk tempoh ni...

so, itu je untuk entry kali ni...sebab lama tak post, entry kali ni ada 17 summary cerita gua... :)

Monday, December 1, 2008

Overhaulin'

seperti yang dijanjikan....[walaupun agak lewat sebenarnya...]
gua just nak share transformasi kereta gua saga gua daripada 'sagaburuk' kepada....
'sagatakburukdah'
gua dah upload 1 folder dalam frenster gua untuk tatapan lebih lanjut...huhu

Friday, November 21, 2008

NEXT entry

next entry would be related to....
.
.
.
.
.
.
MY CAR!!!
.
.
.
.
.
tunggu je la yek...gua tengah sangap sebab malam ni balik sorang-sorang...bujang sebab dia kena gi company punya team building...huhu...

Swensen's + 3rd

ini lagi satu gua nak share pasal event yang jadik last Tuesday...nasib baik tak gi berubat hari tu, if not, tak dapat la gua nak makan aiskrim malam tu...

few pic masa gi makan kat swensen's subang parade dengan amat, ani, emi and as...semuanya...on emi... TERIMA KASIH EMI...
dapat la gua merasa makan kat tempat yang gua tak penah jejak seumur hidup gua...memang jakun sikit dapat makan kat situ...huhu...

cerita pulak pasal hari rabu, where it was the 3rd time gua gi bawak parents gua berubat dekat Ampang...kali ketiga jugak la dia join gua bawak parents gua...plus, lepas tu terus gi pekena nasi bubur kat kampung baru...yummyyyy!!
yang ini takde gambar....wakakaka...

motif...saje nak eksen je... :)

~goyang~

ikutkan cerita ni dah seminggu...tapi sebab gua ni lembab nak update blog, baru minggu ni gua nak cerita...

mengenai situasi kerja yang mana sedikit sebanyak mengganggu fikiran gua...dalam keadaan ekonomi yang tak stabil sekarang ni, Vista Point Technologies juga tak terkecuali...*pergh...ayat skema plak...

Dua bulan sudah, en Kushairi, salah seorang Manager Melayu yang disegani dekat kilang ni resigned...

last week, salah seorang lagi yang gua respect kat kilang ni mengumumkan resignation dia... MR. KC ONG... dengan tanpa segan silu, gua nangis bila dengar dia resign...bukan gua je, ada la few person lagi...

even dia bukannya rapat dengan gua, tapi gua salam dia masa gua amik handphone seminggu sebelum tu...dia seorang Vice President yang cool...even gua ada la kadang rasa gemuruh nak jumpa dia, tapi bila dah borak dengan dia, dah jumpa dia...he's cool...

pengalaman gua dengan dia, dia penah jalan sebelah sambil tepuk bahu gua...gua penah personally datang meja and puji gua punya 1st advertisement untuk newspaper (that was 3 years back!)...invite lunch sama...dia tak lokek untuk senyum...untuk tegur kalau berselisih (tak macam manager lain, tak kira melayu ke cina...)

semua pun terkejut dengar dia announce nak resign...tapi ye la...dia pun tau politik kuat...so, dia make a move awal-awal lagi...

kita yang macam ikan bilis ni? pandai-pandai la bawak diri...


mat, emi...kalau korang tengok gambar kat kedai emas tu...tu bukan untuk cincin apa pun...saje je dia nak try cincin white gold...jangan la pikir lain...tapi......tak tau la plak besday emi next year jadi hari bersejarah gua plak...

Thursday, November 20, 2008

after 10 years

hmm...gua sebenarnya nak kena siapkan few assignment yang boss bagi since esok ramai yang takde kat ofis...tapi......

disebabkan emi+amat yang macam dah merajuk nak soh gua update blog ni...gua pun update la...lagipun dah nak bersawang dah pun...

kali ni gua nak share pic masa reunion 10 years SMSSAAS batch PMR 96' and SPM 98' yang telah diadakan di Grand Blue Wave..

dan....macam kebiasaan, gua tampil dengan imej kecoh nak mampos gua... berbaju putih, berseluar hijau, bertali leher sekolah, dan bersongkok... ala-ala pengawas masa form 1+2 dulu...yang bab songkok tu gua saje nak perli hatta...simpan rambut dalam songkok...jelung la tu Hatta!!

wakakaka....lets share...