Wednesday, June 30, 2010

Mini Edition

Salam...



okay....Puma Ducati gua sekarang ni dah out of stock di gudang whysoserioushaha... tetapi dah order yang baru punya pulak....




Asics Mini Edition









cuma gua punya kaler Hitam Purple....but still...nice!


its worth to buy!! nak order melalui gua pun okay....





fever

Salam...

Harap Maaf


kerana saya dah lama tak type apa-apa dalam entry atau blog saya ni...

ini semua kerana World Cup Fever !!

dan terima kasih kepada World Cup juga...saya telah mereliasasikan impian saya iaitu untuk membuat Diorama saya sendiri...tunggu akan kemunculan gambarnya ye.... huhu....



Friday, June 11, 2010

masalah + problem

Salam...
hmmmm.....
masalah...bercakap pasal masalah atau problem...semua orang ada masalah masing-masing...kecik ke besar....pangkalnya tetap masalah....dengan siapa atau apa punca...masing-masing akan melaluinya....
termasuk gua....yang sekarang agak dirundum masalah...
pasrah kepada takdir?? rasanya tak boleh kot...sebab kalau nak serah semua pada takdir, seseorang itu tidak akan berusaha...kan? dalam Islam sendiri pun tidak menggalakkan sesorang itu hanya berserah tanpa melakukan apa-apa usaha....
gua taknak la jadi dikalangan mereka yang tidak berusaha....
cuma sekarang ni sedang dalam proses untuk mengenalpasti tujuan untuk masa depan....adakah masih sesuai untuk berkerja di bawah orang atau terus berkerja sendiri...pokok pangkal ialah berniaga.... perlukah gua ada share partner atau bergerak solo? share partner yang macam mana pulak gua perlukan? share partner untuk kongsi idea, untuk melabur modal, untuk mendapat nasihat atau hanya sekadar 'sleeping partner' ??
kalau gua 'own' sesebuah syarikat bersama beberapa partner lain, tapi hanya seseorang yang dikerah pun tak best jugak...fokus tu mestilah sama...jadi takde lah timbul persoalan kat situ...
nak berniaga apa yang tak perlukan modal?? Friendsclub?? tak perlu modal sebab bank yang keluarkan duit?? anda cuma perlu buat loan?? bulls**t! perniagaan yang tidak mempunyai produk untuk diniagakan, tetapi hanya menjual cek bernilai RM10 ribu yang sememangnya duit anda yang dipinjam loan tadi....pun boleh hidup...'money game' yang mana anda perlu keluarkan duit sendiri untuk bayar loan tu nanti...
tu kira berniaga ke? sekurang-kurangnya gua ada produk yang sangat baik sampai boleh sembuhkan penyakit termasuk stroke dalam 2 jam!! InsyaAllah dengan izin-Nya....dan bukan produk makan...untuk kan? beli sekali je...
tapi....ini pun belum dalam selesaikan masalah yang dihadapi sekarang...mungkin betul orang cakap...nak berniaga ni, orang paling susah adalah keluarga sendiri...bekerja dengan keluarga sendiri pun susah jugak...kena banyak 'give and take'...tapi kalau berniaga tapi rugi je....elok takyah berniaga kan....
memang la elok kalau niat tu ikhlas...selama ni memang ikhlas...ungkit ada la sikit-sikit...tapi lebihnya memang anggap tanggungjawap....cuma, gua dah tak mampu untuk menyuntik modal lagi dah...dah penat dah...akaun bank pun dah menjerit mintak jangan dikurangkan lagi....huhu...
sekarang nak fokus untuk berkongsi macam mana simpanan boleh buat duit...nak tukar ASB ke dalam bentuk perniagaan yang dijamin...ASB sendiri pun kita tak sure mana dia laburkan...ada yang kata labur kat Genting, Carlsberg, GAB...betul ke? Wallahualam...tapi kalau orang yang betul particular dalam pelaburan Islam ni mungkin akan memikirkan semula...
gua tak kata ASB tak elok...cuba nak sampaikan macam mana simpanan RM5000 bleh jadi RM19000...gua sebut simpanan kan? jadi jangan la mintak harini letak 5k minggu depan dapat 19k...itu skim cepat kaya pun takleh nak buat...simpanan ni akan diterima secara bulanan..yang mana anda boleh guna untuk bayar bil, bayar loan PTPTN, bayar astro dan sebagainya...
purata jika anda perlu membayar loan PTPTN sebanyak RM150/sebulan, anda tidak perlu risau untuk keluarkan duit poket selama hampir 10 tahun akan datang...hanya dengan membayar RM5k sekarang...
konsep macam ASB...boleh keluarkan bila nak...itupun bergantung kepada loan apa yang anda ambil...ASB bayar 8.5% setahun dan kami membayar 33% setahun kerana ia bergantung kepada syer syarikat....haaaa...ini sebenarnya..lebih tepat...membeli saham syarikat...
sekurang-kurangnya ini dapat membantu masalah saya.... :)
dan saya perlu berusaha lebih untuk keluar daripada kepompong masalah saya sendiri...
salam....

Tuesday, June 8, 2010

Menarik!

Salam....

Perkongsian yang amat-amat menarik pada hari Jumaat yang lalu...dan mungkin tak terlewat untuk gua share kat sini...

dua hari buat appointment, akhirnya gua dapat jumpa dengan my bro...memang niat dihati untuk mendapatkan pandangan dan nasihat, dan akhirnya terus ke perkongsian sejarah, kisah hidup, kenangan, peringatan, tanda-tanda dan segalanya yang diberikan oleh Maha Pencipta...

seperti yang dikatakan oleh encik hafizi, cepat atau lambat...kita pasti sampai ke tempat yang dituju...dengan satu syarat...niat hati...perlu bersih dan ikhlas...

InsyaAllah...dengan apa yang telah dikongsikan tempohari, saya akan berpegang kepada satu perkara...minta dan terus minta tanpa jemu kepada-Nya kerana hanya kepada-Nya kita berserah segalanya...perantaraan adalah perantara antara kita dan Yang-Esa...

bukannya kita tak perlu percaya... kerana adalah diciptakan bukan hanya manusia di muka bumi ini...tetapi juga makhluk-makhluk lain di alam yang lain... CUMA...kepercayaan yang diletakkan...gua maybe 50-50...tapi ada kala 50 kepercayaan tu akan jadi tinggi...dan ada masa jadi rendah...di ingatkan supaya meletakkan cuma 20 peratus sahaja...kalau kita letak kepercayaan tu tinggi...maka kemungkinan untuk 'benda' tu mengena/jadi/lekat adalah tinggi...

ini berdasarkan kepada pengalaman gua sendiri pada tahun 2001/2002 dulu...lama kan?tapi itulah pengalaman masa belajar dulu...zaman rajin berjalan ke tempat-tempat 'tu'...

tetapi ini tidak seharusnya dijadikan sesuatu yang perlu dibanggakan...kerana kita masih perlu berpijak pada bumi yang nyata...menerima dan berada pada hakikat sebenar kehidupan kita...

tetapi....

gua pada malam ini mengalami sedikit masalah dimana kekeliruan telah berlaku dan perlu diselesaikan dengan cepat sebelum ia merebak...

Ya Allah...Ya Hayyum...Ya Qayyum...

semoga Kau berkatilah hidup hambamu ini...

Amin....

Thursday, June 3, 2010

Chap Ayam!

Salam,

Okay...sekarang gua ada idea baru untuk title entry gua...iaitu... CHAP AYAM!

kenapa title ini? sebab disinilah gua akan berkongsi dengan beberapa perkara yang gua rasa lowya atau 'ayam' punya barang or product...bukan nak kutuk...tetapi lebih kepada berkongsi maklumat...

Peringatan : Kepada viewer, dilarang menyaman saya kerana saya cuma mengetengahkan pendapat saya terhadap sesuatu barang....

sebab apa gua nak kongsi? sebab ada perkara atau benda yang diceritakan ini digunapakai oleh sesetengah orang...atau lebih tepat...digunakan oleh penduduk Malaysia...

kesian la kat Malaysian kan???



okey, kes pertama...(huhu...)



Toyota Camry (2008,2009)




kenapa dengan kereta ini? telah diberitahu oleh sorang staf (bukan operator ye...) yang bekerja di kilang pemasangan kereta ini di Shah Alam, bahawa kereta ini mempunyai masalah di bahagian cakera brek nya...atau nama saintifiknya..'disc brake'...

masalah disini adalah kerana disc brake kereta ini akan bengkok...diulangi...bengkok dalam masa 3 tahun...kenapa ye? adakah kerana besi yang digunakan? atau kerana ianya kenderaan yang dipasang di negara Thai...

rasanya inilah bahagian yang paling penting kerana ia bertujuan untuk membantu memperlahankan kereta dan sekaligus memberhentikan kereta tersebut...tapi kalau boleh bengkok dalam masa 3 tahun....giler ah! 3 tahun sekali nak tukar....tak berbaloi...

kalau disc brake ni calar..boleh diterima...bengkok pun bleh la nak skim balik....tapi kalau 3 tahun dah skim, after 6 tahun dah confirm tukar disc baru...Hamboi!!

untuk kenderaan berharga RM100k keatas...adalah tidak berbaloi....dan benda yang dikatakan Chap Ayam ini adalah hanya 2 pasang disc brake!!

kepada rakan yang tidak mengetahui apakah itu disc brake...ini gambarnya...



Kecantikan : *****

Ketahanan : ***

Keberbaloian : ***

Komen : tunggu keluar yang pemasangan Malaysia in 2010