Tuesday, April 13, 2010

"TRUST"

Assalamualaikum...


dimulakan dengan sebab-sebab tajuk entry kali ni....agak menyedihkan kerana diwaktu gua menaip untuk entry ni, kepala ni dok terfikir kenapa, kenapa, kenapa....???

apa yg kita faham dengan trust adalah kepercayaan...kepercayaan kepada semua apa kita percaya...1st of all, Kepercayaan kepada Allah...tu tak dapat disangkal lagi...tapi bukan itu yang buat gua sedih sebab gua memang percaya akan kewujudan Allah S.W.T...

sedih sebab kepercayaan yang gua letak dan bina selama ni macam dah dibuang... dipijak... direntap... diambil... daripada gua sendiri... kepercayaan pada janji yang telah diberi dan diterima... kepercayaan terhadap orang yang gua percaya sekian lamanya...

malam ni antara malam yang sedih pada gua hanya kerana satu ayat yang gua dengar tadi...satu ayat yang cukup untuk gua buat andaian tentang perkara dan janji-janji sebelum ini...

betul la kata pepatah.. "kalau lembu dipegang pada tali...manusia dipegang pada janji..."

kenapa perlu berjanji untuk tidak dikongsi sedangkan kita akan berkongsi juga akhirnya??perlukah berjanji untuk tidak membenarkan orang lain mendahului kita...dalam apa juga acara dan perkara??

berkongsi serta berjanji untuk tidak berkongsi adalah cara untuk meluahkan sesuatu diantara 2 pihak...yang mungkin melibatkan pihak ke-3...tetapi apabila sampai ke pengetahuan pihak ke-3, disinilah bermulanya hilang kepercayaan dan janji yang telah dimungkiri...

kenapa mesti jadi macam ni? gua sepenuh kepercayaan berkongsi serta sudi untuk berada didalam kepompong atau kasut yang sama...tetapi dengan kejadian yang diluar jangkaan ini telah merubah segalanya...perlu atau dengan lebih tepat sekali WAJIB lebih berhati-hati dengan sesiapa yang kita berkongsi...

ini mungkin terjadi apabila kita meletakkan diri kita melebihi orang lain dan kepandaian kita melebihi kepandaian orang lain...isu dimana tiada persetujuan dengan pihak lain mungkin isu ringan bagi sesetengah pihak tetapi isu yang besar bagi pihak lain...dalam kes ini, gua sendiri...dimana gua seboleh-bolehnya tidak mahu sesiapa sahaja yang gua kenal merasai apa yang gua rasakan sebelum ini...

pengalaman dan pengajaran yang gua dapat dalam selama menempuh bidang ini perlu dijadikan teladan dan sempadan kepada pihak lain... kewajipan juga pada gua untuk memastikan ini tidak terjadi kepada sesiapa.... bukan untuk menunjukkan ego, tetapi adalah untuk tidak bersikap lepas tangan dan tidak bertanggung jawap keatas apa yang kita tunjukkan...

jika perlu gua bersikap bersendiri, gua akan bertindak demikian...tetapi, persahabatan yang terjalin tidak perlu dikorbankan...kerana......... gua akan terus menganggap dan menghormati mereka sebagai yang lebih tua, lebih berpengalaman, rakan karib, kawan baik, teman rapat dan sewaktu dengannya walaupun gua berada dibawah mahupun diatas mereka....

kepercayaan kini terbatas...janji tidak diungkap....

percaya diatas kemampuan diri sendiri