Sunday, October 25, 2009

p a p a d o m

.



Salam...

Alhamdulillah...setelah lama menunggu masa dan waktu yang sesuai, akhirnya petang tadi dapat jugak melepaskan hajat untuk menonton filem terbaru Afdlin Shauki bertajuk Papadom..


huhu..mat, finally leh kita citer sama-sama nanti eyh...


sebuah cerita yang sangat lah layak untuk menerima anugerah semacam kat festival filem sebelum ni...sangat menarik okay!!

turut disampaikan adalah mesej yang selama ini memang diperjuangkan oleh insan seni kita sorang ni bersama rakan-rakan lain sejak bertahun lamanya...disampaikan secara lembut,halus dan spontan kepada salah satu watak...

nama pena bagi Rahmat...'Wajib Tayang'.... adalah satu perkataan yang selalu disebut-sebut oleh pembuat/pengarah filem di Malaysia terutama yang tak extrem untuk kaya melalui filem... anda boleh click SINI untuk melihat komen Adflin mengenai 'Wajib Tayang' ini...

apa kan daya, dikatakan bahawa waktu Wajib Tayang untuk filem ini telah dihadkan sehingga minggu ketiga sahaja...dan kebanyakkan panggung telah mengurangkan tayangan filem ini dan ditempatkan diruang wayang yang lebih kecil... S**T

cerita yang turut mengisahkan serba sedikit mengenai diri beliau sendiri yang boleh juga dikongsikan dengan anda di SINI... betapa beliau mengetahui dan menyedari akan apa yang beliau lakukan dan cuba sampaikan...


jadi, tak salah kalau nak tonton untuk kali ke-2,3,4 dan lebih la...cuma keluarkan duit je la...


tapi dengan jumlah kutipan yang mencecah RM2.3 juta sehingga hari Rabu lalu, filem ini dilihat telah membawa sinar baru kepada penerbit/pengarah/pencinta seni tanah air...


tanpa pelakon lain yang selalu bersama dengan beliau seperti awie, ac mizal, hans isaac, harith dan lain-lain, beliau masih mampu untuk membawa filem ini ke tahap yang tinggi...


jadi, sokonglah filem tempatan seperti mana anda menyokong filem luar...kerana tidak semua filem Malaysia berkisarkan kisah cinta remaja atau lawak spastik...kerana masih ada antara mereka yang membuat filem dengan tujuan berkongsi permasalahan, pemikiran, perasaan dan kesedaran untuk kita semua...


Syabas diucapkan kepada Afdlin Shauki diatas kejayaan beliau bersama-sama dengan filem Papadom ini... Tahniah juga kepada para pelakon lain yang bersama-sama menjayakan filem ini...



Thumbs UP + billions of claps






.

0 comments: