Saturday, December 12, 2009

i will be back....soon....

dear readers....

i will be back..... soon....

after i get back my laptop....

asap...

n

there were lots of update...

especially about my hunting....

yeay!!





Wednesday, October 28, 2009

Song~Of~The~Day

.


lagu untuk hari ini yang agak sesuai dengan mood gua nih...



layan je la ye...







.

Sunday, October 25, 2009

p a p a d o m

.



Salam...

Alhamdulillah...setelah lama menunggu masa dan waktu yang sesuai, akhirnya petang tadi dapat jugak melepaskan hajat untuk menonton filem terbaru Afdlin Shauki bertajuk Papadom..


huhu..mat, finally leh kita citer sama-sama nanti eyh...


sebuah cerita yang sangat lah layak untuk menerima anugerah semacam kat festival filem sebelum ni...sangat menarik okay!!

turut disampaikan adalah mesej yang selama ini memang diperjuangkan oleh insan seni kita sorang ni bersama rakan-rakan lain sejak bertahun lamanya...disampaikan secara lembut,halus dan spontan kepada salah satu watak...

nama pena bagi Rahmat...'Wajib Tayang'.... adalah satu perkataan yang selalu disebut-sebut oleh pembuat/pengarah filem di Malaysia terutama yang tak extrem untuk kaya melalui filem... anda boleh click SINI untuk melihat komen Adflin mengenai 'Wajib Tayang' ini...

apa kan daya, dikatakan bahawa waktu Wajib Tayang untuk filem ini telah dihadkan sehingga minggu ketiga sahaja...dan kebanyakkan panggung telah mengurangkan tayangan filem ini dan ditempatkan diruang wayang yang lebih kecil... S**T

cerita yang turut mengisahkan serba sedikit mengenai diri beliau sendiri yang boleh juga dikongsikan dengan anda di SINI... betapa beliau mengetahui dan menyedari akan apa yang beliau lakukan dan cuba sampaikan...


jadi, tak salah kalau nak tonton untuk kali ke-2,3,4 dan lebih la...cuma keluarkan duit je la...


tapi dengan jumlah kutipan yang mencecah RM2.3 juta sehingga hari Rabu lalu, filem ini dilihat telah membawa sinar baru kepada penerbit/pengarah/pencinta seni tanah air...


tanpa pelakon lain yang selalu bersama dengan beliau seperti awie, ac mizal, hans isaac, harith dan lain-lain, beliau masih mampu untuk membawa filem ini ke tahap yang tinggi...


jadi, sokonglah filem tempatan seperti mana anda menyokong filem luar...kerana tidak semua filem Malaysia berkisarkan kisah cinta remaja atau lawak spastik...kerana masih ada antara mereka yang membuat filem dengan tujuan berkongsi permasalahan, pemikiran, perasaan dan kesedaran untuk kita semua...


Syabas diucapkan kepada Afdlin Shauki diatas kejayaan beliau bersama-sama dengan filem Papadom ini... Tahniah juga kepada para pelakon lain yang bersama-sama menjayakan filem ini...



Thumbs UP + billions of claps






.

Wednesday, October 21, 2009

Latest Two

.

Salam....

x sempat nak masukkan entry about my other two new car in my garage...


\/


Light Green Plymouth AAR Cuda with flat black front


the real scaled 1:1 Plymouth AAR Cuda


Dark Blue Deora II with flames


the real scaled 1:1 Deora II ~ Design by Hotwheel & Create by Foose



both of these are a swap changed/found by my brother [Wan Azlee] and his son [Wan Aqid]
thanks to both of them...



the next to come...

Black Datsun Bluebird 501







.

Sunday, October 18, 2009

sharing

.


Salam...

Bertemu lagi kita pada hari ini untuk mencerita kan lagi entry lain...tajuk entry kali ni agak 'keras' sikit...

ingat lagi tak ada entry sebelum ni yang gua kata lama tak berkongsi cerita dengan kawan-kawan?? [click SINI untuk recap entry]

merujuk kepada entry ni, sebenarnya dah lama nak kongsi pasal ni...cuma tak dapat nak refer lebih panjang lagi...ada jugak berkongsi dengan bro fizi untuk dapatkan pandangan dia...cuma yang elok, kita kongsi apa yang kita tau untuk kebaikan bersama...

entry ni bukan biasa ataupun common kepada sesetengah orang yang sememangnya tahu pasal isu ni...tapi bagi gua yang jahil ni...sejak dengar isu ini di radio Ikim, terus rasa macam nak lebih tahu sebab benda yang terjadi ni kadang diluar sedar kita...

elok untuk mereka yang sudah berkahwin/rumahtangga....isunya...Zihar...

masa dengar dalam radio dulu, kalau tak salah gua dengar, ustaz tu ada merujuk kepada zihar ni umpama penceraian secara halus...yang digunakan sejak zaman jahiliah lagi...secara halus bermakna kita lakukan itu tanpa sedar....macam gua cakap tadi lah...diluar sedar...

serba sikit yang gua still ingat masa dengar tu ialah bila si suami terutamanya, menyamakan mana-mana bahagian tubuh atau fizikal si isteri dengan ibunya/ibu saudaranya sendiri atau dengan sesiapa yang baginya haram dinikahi...menyamakan disini bermaksud suami berkata kepada si isteri yang anggota fizikalnya adalah sama dengan anggota ibu/ibu saudara/adik beradik...[kalau guna ayat skang ni macam sebijik, photostat, serupa]

belek-belek paper Utusan jumaat lepas, terbaca tajuk besar Menzihar Isteri dalam sisipan MEGA page 25 - Kemusykilan Agama bersama Ustaz Mohd Farid Ravi...

nampaknya dengan ada orang lain yang alert dengan benda ni, secara tak langsung gua pun dapat la info sedikit berkenaan isu zihar ini...1 page jugak tulisan isu ni...nak masuk dalam blog ni tak muat la plak kan...

jadi, gua masukkan Rukun Zihar dan juga kesimpulan kepada isu ni je la ye..untuk lebih lanjut boleh la cari balik paper ni...

Rukun Zihar:
1) Suami
2) Isteri
3) Perkara yang diserupakan (anggota daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan lelaki)
4) Lafaz zihar

Kesimpulan:
1) Hanya jatuh (sabit) zihar jika menyamakan isteri dengan ibu, nenek, anak dan semua wanita yang diharamkan suami berkahwin dengannya secara kekal sama ada keturunan, susuan mahupun musoharah.
2) Penyamaan anggota tertentu sahaja yang menyebabkan sabit zihar iaitu seluruh atau juzuk dari anggota yang haram dilihat semasa mahram. Penyamaan dengan anggota selain itu tidaklah sabit zihar.
3) Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dengan mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dengan wanita sahaja sabit. Begitu juga menyamakan suara,rupa dan sebagainya.
4) Istimta' (bersetubuh) dengan isteri yang telah diziharkan sebelum membayar kaffarah adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail. Dibimbangi akan terlanjur.


gua tak berniat untuk tunjuk baik ke apa melalui topik entry kali ni, cuma nak berkongsi dengan semua...mungkin kita dah tau, tapi mana tau ada yang boleh dibaiki lagi, dan begitu sebaliknya kepada yang tak tahu macam gua sebelum ni...

disini telah dijelaskan bahawa antara tanggungjawap yang perlu dipikul oleh para lelaki bergelar suami...besar ni...jadi sama-sama la kita berkongsi dan ingat-mengingati...

wassalam....







.

Friday, October 16, 2009

low cost

.

Salam...

topik pagi ini...rumah kos rendah...

kelmarin gua terjumpa dengan kawan sekolah rendah dulu, yang sama-sama sekolah menengah jugak, dan yang sama-sama bekerja di sec 9 sewaktu beliau kerja di McD dan gua gi 7-11...

Mohd Firdaus Ali...yang kini menjawat jawatan sebagai pegawai kerajaan [kot?pape la..janji dia keje kerajaan..] di SUK... kena plak dia keje bahagian perumahan...hah! cantik benor la tu...memang dah 2-3 hari ni dok citer pasal rumah je...

so, dia ada cerita pasal cerita 'lambakan' rumah kos rendah di kawasan Selangor khususnya...

antara sebab dan faktor tertinggi orang tak ambil peluang untuk beli rumah kos rendah ni adalah kerana minda atau pemikiran ramai antara kita tentang 'Rumah Kos Rendah'...kebanyakannya sebab - jaga status...

ya! rumah kos rendah adalah rumah pangsa/flat...bergantung kepada pemaju nak bina berapa tingkat pun..buat lebih 5 tingkat kena pasang lif, kekurangan kat sini ~ sapa plak yang nak maintain menda tu kalau rosak...banyak dah kes lif rumah pangsa rosak dan pemaju tak jaga... jadi, kita boleh tengok kalau banyak rumah kos rendah memang rendah je...paling paling 5 tingkat...

jadi, bila my bro citer pasal wife dia beli rumah dekat area sini dengan status bukan lahir di Selangor, telah mendatangkan persoalan jugak, camner boleh jadi camtu tu eh? mungkin sebab dia kerja dengan pemaju?? tidak.....

kawan gua tu mencerita bahawa setiap mereka yang memohon perlu mengisi borang, tu standard la kan...dan kepada mereka yang telah menetap di sesuatu kawasan ini lebih daripada 5 tahun, mereka akan layak memohon dengan beberapa lagi syarat...termasuk surat daripada majikan yang mengatakan mereka bekerja di kawasan tersebut...

rumah berharga dalam lingkungan RM42 ribu...tak ke rendah tu? tapi sekali lagi perlu diteliti...kawasan dimana pemaju membangunkan rumah tersebut...ini semua telah dibincangkan oleh gua bersama bro amat dan bro hatta...

tapi bila tengok balik, kawasan kalau dekat-dekat shah alam ni...memang cepat sangat membangun...nak kata terancang pun...mungkin la kot...ada beberapa faktor juga yang buat area tu cepat 'naik'...

jadi bila difikirkan balik...selagi anda belum kahwin ataupun tinggal bersama keluarga [ayat ni firdaus yang bagi], adalah lebih elok beli rumah ni untuk masa depan...kawan tu bagi contoh yang dia sendiri ada membeli rumah dia puchong, rumah kos rendah jugak...beli rm42 ribu, within 4 - 5 years dia jual balik dalam RM68 ribu...which is bank punya value is RM75 ribu...

gua tak pandai sangat nak cerita samaada cara ni menguntungkan atau tidak...tapi dia sekarang dah beli rumah lain pulak dekat seksyen 16...menurut dia lagi, setiap orang/keluarga hanya boleh memiliki sebuah rumah kos rendah sahaja...dan apabila anda telah membeli rumah kos sederhana, anda tidak lagi boleh membeli rumah kos rendah sebab anda dah terlebih mampu...serius!! ini dia yang bagitau...so, katanya elok beli rumah kos sederhana, then bila dah mampu boleh beli rumah kos sederhana dalam lingkungan RM220 ribu untuk kediaman sendiri pulak...

itu nasihat dia, tapi untuk lebih info mungkin kita boleh rujuk kepada yang lebih pakar...dan dengan info ni jugak, kita boleh ajukan soalan pada pakar kan?? maksudnya bincang dengan orang bank untuk soal pinjaman atau dengan pemaju untuk soal rumah itu sendiri...

dekat 2 jam jugak gua borak dengan dia...dan cerita ini telah disampaikan kepada bro gua yang dua orang itu, dan menunggu bro fizi untuk balik sini dan berkongsi dengan dia pulak...cerita dengan ayah gua malam tadi, dia bersetuju je...untuk investment okay la katanya..

melihat kepada ramai rakan sebaya lain yang berjaya...kita tak terlepas daripada terkena tempias iri hati tu...memang wujud tapi nak buat camner kan...rezeki masing-masing...gua pun berusaha pun tak cukup...dan yang wajib-wajib ni pun...still ada banyak yang nak kena baiki... alhamdulillah dah selamat habis puasa syawal...moga diterima lah hendaknya..Amin..

jadi, kepada muda-mudi kat luar sana...anda mungkin kena fikir balik tentang tanggapan ramai golongan mengenai rumah kos rendah ini...kerana kerajaan khususnya telah mewujudkan sistem kuota untuk pemilikan rumah tersebut kerana ingin menjaga status penduduk bumiputera...ini termasuk di kawasan Subang Jaya dimana mengikut sumber, kuota salah sebuah kawasan perumahan disana adalah 80% bumiputera dan 20% lain-lain...sebab nak jaga kepentingan dan meramaikan penduduk bumiputera disana...

jadi tak hairan lah kalau kaum Cina dan India berebut dan tak lepas peluang untuk beli rumah kos rendah ini...ada kajian dibuat juga, kaum India khususnya, didalam keluarga mereka, seboleh-bolehnya ibubapa mereka mahu salah seorang daripada anak mereka bekerja dengan kerajaan...sebab apa? mereka nampak peluang yang ada disediakan oleh kerajaan...bukan pilih kasih, tetapi ini adalah apa yang disediakan oleh kerajaan kita dan mereka sendiri berusaha nak amik...tidak seperti sesetengah bumiputera yang mengharapkan lebih daripada kerajaan tanpa berterima kasih diatas apa yang ada...

untuk Melayu khususnya berapa diatas daripada kaum lain, kita kena lebihkan apa yang kita ada daripada mereka, apa yang ada kita amik dulu kan...sebab pasal kuota rumah ni, pemaju berhak menaikkan kuota untuk kaum lain-lain dengan hanya membuat pembayaran kepada kerajaan negeri/pusat berdasarkan beberapa kriteria...tengok apa bangsa berusaha untuk dapatkan benda yang bukan hak mereka??? bukan nak kutuk, tapi kalau tengok pada PR, ini lah yang terjadi dimana kaum lain dapat layanan lebih daripada kaum sendiri dan pulak tu, kaum sendiri disisihkan dan dipersalahkan...

apa gua cakap ni mungkin tak betul jugak, sebab ini pendapat gua dari sumber yang gua baca dan dengar...gua pun bukannya banyak bergaul sangat pun dengan otai-otai kat luar tu...jadi, mari kita lihat apa yang kerajaan dah peruntukkan atau dah sediakan untuk kita...

kepada sesiapa yang berminat nak tanya info lebih pasal rumah kos rendah ni, bolehlah pergi terus ke SUK atau meh kita buat unofficial meeting dengan pegawai ni lagi...

ubah minda, ubah persepsi, ubah diri...





.

facebook

.

peningkatan dalam jumlah rakan dalam facebook termasuk yang tak kenal...

but somehow, ada jugak yang add sebab kawan atas kawan...well....dia yang add, gua 'mungkin' accept je...

kasi lama skit pending...


hahahaha....





.

Tuesday, October 13, 2009

C o n g r a t u l a t i o n

.



Congratulation to Asmawati Md Ayub


at last she had started her work with full of glad under her study-related field - Environmental


I'll pray for your success...


*in my list once she confirmed needs to travel to Sarawak ~ kek lapis and terubuk masin!*

huhu....





.

latest...

.


Latest in my garage!!












Light Blue Datsun Bluebird 510
[i'm looking for the bronze and black colour, anyone please let me know if you found any!]


3 in a row!!
1963 Split Window Corvette
Purple with Orange flames/clear window - 08 edition
Gold with black lines/clear window - 08 edition
Dark Blue/blue tinted window - 07 edition

[the diff?? check out the 07 edition wheels!]


Maroon Pontiac Firebird with Nascar paint
[my 2nd collection with diff wheels from my first one, same paint but diff color]


Dark Blue Qombee with White top/red tinted window
[2nd collection
]


Hot Wheels Racing Acura NSX
the 1st swap with my nephew


Pearl Dark Blue 2010 Mustang GT
Thank you to Asmawati who found this!


Light Pearl Green AMC Javelin AMX
Thank you to Asmawati who found this!


Pearl Black Chevy Nova with Gold stripe
[2nd in my collection, in photo Red/White is my 1st collection]
Thank you to Asmawati who found this!


Maroon Qombee with flames/yellow tinted window
[my 3rd collection, in photo the other 2 collection]
diff?? only colors and tinted windows

Thank you to Asmawati who found this!


1933 Ford Lo-Boy with flames
[2nd in my collection - diff wheels with the 1st one]
Thank you to Asmawati who found this!



i shall update later all my PARADE cars in the garage!!

same models, same manufacturer but...


with different wheels, paint and decals...

-------------------------------------------------------------------------------------------------


NEXT to launch.....


AAR Cuda

&

Deora






.

pic of the day

.


nice pic taken during the NFL game between Baltimore Ravens and New England Patriots..


and it is a TOUCHDOWN!!

what a catch!


should receive double = 14 points for the inverted catch! huhu...*wink*





.

Friday, October 9, 2009

movie

.


Salam...

Last weekend gua ada la gi tengok movie ngan As...dah lama jugak tak gi tengok movie...last haritu citer Gamer...so, ini sangat sikit [bukan serba sikit] komen gua tentang 2 movie paling terbaru yang gua tengok...


GAMER


sangat bosan nak mampos! sampai gua tertido di awal cerita tu...macam haram! dah la tertido, bleh plak kepala ni gi lentok hantuk kepala As....astaghfirullahala'zim...kesian dia kena hantuk dengan kepala batu gua ni...huhu...sorry eyh awak...

sangat bosan la pada aku...asyik nak perang+menembak je citernya...mcm takde story lain...

kesimpulannya.... B.O.S.A.N !


next.....

G-FORCE


cerita kartun actually...tapi menarik dan seronok jugak la...kelakar pun ada...sad pun ada...tapi ye la...kata pun kartun...what do you expect kan? but overall citer ni memang best la...bawak budak-budak tengok pun ok jugak...

cuma yang tak seronok bila lepas abis cerita ni...kedai semua dah tutup and taktau nak balik ikut pintu mana....elok sampai je pintu masuk tempat parking...bleh kunci plak...dah satu hal kena tawaf bangunan tu...turun tingkat bawah tanya guard, alih-alih lif yang bukak cuma lif kat tepi panggung tu je...dah kena patah balik...naik tempat parking, kena plak menapak gi kat kereta...mak ai!! giler lepas ni kena berhati-hati gi tengok wayang kat Bukit Tinggi nih...hampess...

nasib baik hari raya lagi....bleh maafkan...tapi yang buat kaki As sakit tu...tunggu dia maafkan ye...

lalalala....




.

Thursday, October 8, 2009

Al - Fatihah

.

Al-Fatihah


buat keluarga Pn. Normah Dali diatas kehilangan Ibunda tersayang yang telah pulang ke rahmatullah pada tengahari hari Rabu bersamaan 18 Ramadhan 1430.

dikatakan Allahyarhamah telah sakit tenat sejak kelmarin lagi..dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital...

kepada warga/bekas warga UiTM [fakulti pengurusan perniagaan dan fakulti pengajian undang-undang] atau sesiapa yang mengenali Pn. Normah ataupun En. Darbi sekeluarga, bolehlah menyampaikan takziah kepada mereka dah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah...

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...

Amin





.

Wednesday, October 7, 2009

NAIK dan terus NAIK

.


OMG... OMG... OMG... [aku tgk perkataan ni dah berleluasa digunakan sejak akhir2 ni...]

Ya Allah...berita yang tak memeranjatkan langsung...dan patut disokong nih!!!

petikan daripada Utusan Online :




dan ini pula tajuk di beberapa blog lain...huhu

petikan : dialograkyat.blogspot.com

petikan : megat.net/


kesimpulannya disini...harga rokok tetap tidak akan turun...

kepada kawan-kawan gua yang merokok tu...sudi-sudi lah kiranya anda menyimpan duit anda untuk kegunaan lain ataupun belikan hadiah HW untuk gua...wakakaka...

come on bro....dah bertahun-tahun lu orang hisap rokok...sudah sudah la tu...meh kita sihatkan tubuh badan plak meh....

hehehe...no heart feeling eyh...





.