Saturday, March 13, 2010

royalti

Assalamualaikum..

even sekarang ni masih dalam mood untuk menulis blog...tapi actually belum ada isu hangat lagi untuk dikongsikan...

kecuali satu ni...

gua ada tengok rancangan TERJAH! kat tv3 baru-baru ni..dan confirm ia adalah ulangan sebab gua tengok pagi buta sebelum tido lepas balik kedai...salah satu daripada isu yang ditayangkan adalah kisah menantu kepada arwah P.Ramlee...kita semua kenal P.Ramlee kan (1929-1973)? tapi kita tak berapa kenal sangat dengan arwah Nasir Ramli...

pendedahan media sebelum ni menunjukkan arwah pernah berkerja sebagai tukang sapu sampah dengan DBKL...adakah dia layak untuk kerja itu sedangkan dia anak kepada seorang seniman terkenal tanah air?

sebelum ni banyak jugak yang kita dengar kisah anak-anak arwah P.Ramlee yang cuba menuntut royalti hasil daripada karya ayah mereka daripada pelbagai pihak kerana karya beliau masih lagi ditayangkan sehingga kini. malah, dalam Terjah! juga mengajukan pertanyaan kepada seorang penyanyi dari negara seberang berkenaan royalti ini kerana telah menyanyikan dan merakam semula lagi 'Madu Tiga' karya arwah P.Ramlee...hasilnya? wallahualam...

tapi mungkin ada antara kita tidak sedar bahawa ketika arwah seniman itu berlakon, mengarah dan menyanyi...kesemua itu dilakukan di era awal penubuhan Malaysia...yang ketika itu Singapura pun masih belum keluar dari Malaysia... sedar tak??

dan kebanyakan lakonan ketika itu dijalankan di Singapura...dibawah label Shaw Brothers... mesti kita penah tengok nama ni kan? sama ada diawal atau diakhir setiap filem beliau...

jadi rasanya kesimpulan kat sini amat senang...gua cuma nak berkongsi pendapat gua daripada apa yang gua fikir logik dan daripada apa yang gua dengar/baca...

Shaw Brothers masih la gi wujud di Singapura dan syarikat itu sememangnya ditubuhkan dan berpengkalan disana...jadi, salahkan gua katakan bahawa semua royalti atas karya arwah P.Ramlee adalah hak milik syarikat tersebut dan adalah menjadi tanggungjawap syarikat untuk membayar royalti kepada individu itu...gua mengeluarkan kenyataan ini tanpa sebarang bukti kukuh sebab ini berdasarkan logik gua...

[perlu saya menaip ini disini kerana sekarang ini banyak kenyataan blogger yang jadi kes..termasuk kes mahkamah...dan ini bukanlah pendedahan apa-apa kerana saya juga tidak ada bukti..cuma andaian logika saya]

jadi jika ada perjanjian diantara arwah dengan syarikat pengambaran tersebut berkenaan royalti, itu mungkin berterusan semasa beliau hidup...tapi ada ke perjanjian setelah beliau meninggal dunia? wallahualam...

tapi dalam kes ni, bukan senang untuk tuntut royalti kerana karya agung ini masih belum menjadi hak mutlak negara..beliau diiktiraf sebagai seorang karyawan negara tetapi royalti karya beliau adalah hak syarikat negara luar...agak sukar untuk dituntut...jadi kepada yang sedang berusaha untuk menuntut, anda mungkin perlu pergi ke saluran yang betul untuk mendapat khidmat nasihat dan pertolongan, jangan cari gua sebab gua pun tak arif dalam hal ni...gua cuma pandai menaip je....huhu...

ini semua pandangan gua, jangan pulak gua disaman atas sebab ini kerana pandangan orang kerdil ini...

kita fikirkan bersama....salam....

Al-Fatihah buat arwah P.Ramlee


0 comments: