
.
salam.... entry kali ni saje je gua nak kongsi sikit apa dalam fikiran dan perasaan gua... 1 Malaysia yang dilaungkan oleh PM kita, Dato' Seri Najib, meminta semua rakyat Malaysia bersatu padu dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
.. dan tulisan gua ini tidak depengaruhi oleh mana-mana blogger atau parti lain..huhu
okay...memetik kepada kata-kata arwah Yasmin Ahmad didalam klip video temubual arwah di Star Online, arwah ada mengatakan bahawa beliau telah membawa konsep ini didalam semua kerjaya seni beliau sejak 15 tahun yang lepas...
dan daripada klip video temubual Mamat Khalid didalam sebuah blog, mengatakan bahawa filem terbaru beliau, ESTET dengan secara tidak langsung telah mewujudkan konsep 1Malaysia ini tanpa disuruh atau diminta oleh sesiapa...watak lakonan didalam filem itu sendiri telah mewujudkan konsep ini...
gua sendiri boleh katakan karya pengarah lain, terutama Khabir Bahtia dan Afdlin Shauki juga tidak ketinggalan dalam mewujudkan konsep perpaduan seperti ini...sebelum laungan oleh PM kita...
tu blum masuk iklan-iklan petronas dan lain-lain lagi...terutama arahan arwah Yasmin...
tapi, kalau ikut gua, tak perlu nak persoalkan siapa yang nak wujudkan dulu atau siapa yang keluarkan idea ini dulu...masyarakat kita dah hidup berbilang kaum ni dah lama...cuma, dalam masa sekarang ini ada timbul masalah antara segelintir kaum disini hanya kerana ideologi politik...atau mungkin lebih senang kerana kuasa...kita buat filem atau iklan atau apa sahaja yang berkonsepkan 1Malaysia bukan bermaksud kita sokong mana-mana parti politik...kita buat untuk negara kita..
mungkin anda seorang pengarah atau orang seni...jadi pengaruh anda hanya tertumpu kepada segelintir golongan masyarakat sahaja...jadi sebagai seorang Perdana Menteri, beliau mungkin ada pengaruh daripada seluruh rakyat malaysia...maka apabila beliau melaungkan slogan 1Malaysia...ianya diterima umum...
tak perlu ada suara yang nak mintak kredit atau penghargaan disini...cukup sekadar semua pihak faham dan bersetuju untuk bersatu padu demi masyarat dan demi 1Malaysia!
chup...gua bukan berpihak kepada mana-mana...sekadar berkongsi pendapat...
nak kongsi sikit cerita yang mengenai kejadian yang berlaku kira-kira 22jam yang lepas...sewaktu gua dalam perjalanan untuk ke 'uptown' shah alam bersama dengan kekasih hati, Asmawati...
kami ternampak sebuah kereta Myvi putih tersadai tepi jalan sebab kereta tu tersangkut dekat jalan yang belum siap...area bunga lawang...satu tayar dan terjunam jatuh...dari apa yang gua nampak sekali imbas, kereta tu tersilap jalan sebab dia ikut jalan yang belum siap turap...tapi agaknya dia bukan orang sini, so dia pun taktau jalan tu tak siap lagi sebab lane tu tak ditutup....
melihat kepada riak gua yang tak abis-abis kesian kat kereta tu...As pun suruh gua buat 'u' turn patah balik gi dekat kereta tu balik...padahal dah sampai last round about dekat 'uptown' dah...
so, 'u' turn je balik, tengok ada sebijik motor and sebuah kereta berhenti...dah dekat tengok rupanya kereta 'call man'...ingatkan 'call man' tu Chinese...rupanya kereta Myvi tu owner dia chinese...
so, gua tengok dah ada usaha untuk kereta tu reverse tapi bawah tayar dah kosong...beramai-ramai la cari idea usaha nak buat camner...tapi gua hangin sebab 'call man' melayu tu asyik kata jangan bila gua nak letak kon tutup jalan tu bawah tayar..sebab katanya nanti dia 'tendang' kena gua...ai, dia tak nampak ke gua dah halang guna kaki?
sekali lagi cubaan gua untuk jungkit kereta tu dengan kayu sambil stering pusing so that tayar tu akan kena pada kayu, takde la licin sangat...tu pun mamat tu kata "jangan bang...nanti kayu tu tendang kena t*l*r abang kang..." ish...pehal mamat ni...tapi Alhamdulillah...berjaya jugak dengan bantuan mamat motor dengan cina tu sendiri tolak dari depan....
gua agak pelik dengan mamat 'call man' tu tegur gua 'Jangan' tu maybe sebab dia nak tunggu lori tarik dia sampai kot...so, kitorang dah buat dia rugi niaga...tapi...
tu bukan masalahnya...niat nak tolong...cuba la tolong dulu, dah takleh tolong baru la guna ikhtiar lain...kan?
gua terus masuk keta, then tetiba lelaki cina yang dua orang tu datang kat kereta gua...salam..then speaking [dia mcm tak reti ckp melayu sgt..] nak belanja minum...kesitu plak... tapi yang tak tahan tu bila kawan dia salam tangan gua....siap cium plak!!! dua kali pulak tuh!! cissss... yang cina tadi tu plak siap peluk gua....aduhai...macam hapa je!
gua cakap lebih kurang...then terus gerak...adoi la...
jadi...1Malaysia kah anda?
gua? gua rasa gua memang ada sifat 1Malaysia tu kot...
gua maybe tak berduit...tapi gua rasa ada banyak cara untuk tolong orang ni...kan?
cuma....gua benci skit orang-orang [tak kira lu melayu ke, cina ke,india ke] yang memandu atas jalan or parking kereta yang 'KIASU' dan dengan kata lain mementingkan diri sendiri...S**kS!!
sama-sama kita hayati semangat harmoni masyarakat Malaysia kita ni...
gambar ehsan www.1Malaysia.com.my

.




0 comments:
Post a Comment