Salam...
disebalik nama-nama besar yang meninggal dunia sejak kebelakangan ini...tibalah masanya untuk nenda tersayang untuk pergi meninggalkan gua sekeluarga selama-lamanya....
pemergian yang telah diduga kerana melihat kepada keadaan nenek gua yang telah menunjukkan tanda-tanda bahawa dirinya terlalu lemah...
gua bersyukur kerana Allah telah mengatur segalanya mengikut kehendak-Nya...ini semua telah dirancang olehNya...
gua tak boleh bayangkan kalau gua masih bekerja disaat mek (panggilan untuk nenek gua) terbaring dengan berlumuran darah pada bulan lepas...
keadaan yang memerlukan mek dibawa ke hospital untuk berjumpa doktor dengan keadaan mek yang perlu didukung setiap kali duduk dan bangun dari kerusi roda...
berada disisi mek disaat-saat akhir mek menghembuskan nafasnya didalam bilik tidurnya dalam keadaan yang cukup tenang...
kebetulan? gua anggap ini semua aturan dari Yang Maha Esa...
disebalik semua dugaan ini, mungkin Dia mahu menguji untuk melihat sejauh mana kekuatan keluarga kami...Alhamdulillah, sepanjang mek sakit...semua cucu, cucu saudara berada disisi mana dan papa untuk memberi sokongan termasuk semasa mek masih hidup...
disebalik majlis pengkebumian mek siang tadi, gua telah diduga lagi...mungkin kerana gua tak dapat sangat menahan sedih untuk melihat mek untuk kali terakhir dan dimana gua menggunakan seluruh tenaga gua untuk mengcangkul tanah kedalam liang...gua jadi tak tentu hala dan sesak nafas...dengan keadaan kedua-dua belah tangan yang kejang, termasuk bahagian bibir dan kaki...gua dikejarkan ke SMC oleh abang ipar gua dan kakak gua berserta As, Bulat dan Raja....[really thanks bro!!]
rawatan diberikan seadanya dibilik kecemasan kerana gua telah mengalami kekejangan disebabkan oleh 'terlebih' oksigen dalam badan...
alhamdulillah, semuanya selamat dan keadaan gua tak serius cuma ralat kerana tidak dapat berada disaat kubur mek dikambus sepenuhnya dan talkin dibacakan...
"Mek, kito kelik dulu...pah kito mari pulok semula...kito mari pulok mek..."
Al-Fatihah
Bidah binti Deris
23.8.1924 - 25.8.2009
4 Ramadhan 1430h
.
Bidah binti Deris
23.8.1924 - 25.8.2009
4 Ramadhan 1430h
.



0 comments:
Post a Comment